PERGI TAK KEMBALI LAGI

|





Terkejut..sedih..itulah perasaan pertama ana apabila mendapat mesej di Yahoo Messenger yang mengatakan Ustaz Asri Rabbani telah pergi mengadap ilahi.

Kebelakangan dan akhir-akhir ini,selalu sahaja ana putarkan lagu-lagu dari album terbaru Rabbani berjudul Nostalgia nadamurni.Lagu-lagu yang sangat menyentuh jiwa.Tak dapat dinafikan mesej-mesej dakwah yang dibawa oleh Rabbani melaui medium nasyid ini betul-betul member kesan kepada semua.

Semoga ALLAH membalas segala usaha dakwah Ust Asri dengan ganjaran syurga dan ditempatkan bersama-sama para solihin di sana nanti..Al-fatihah.

Salam takziah kepada keluarga dan sahabat handai Ust Asri Ibrahim.Pemergian beliau akan diingati sebagai seorang Pahlawan Nasyid yang akan dikenang selama-lamanya.


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

0 comments:

Post a Comment