Jawatan Kosong 2013 di SAYANG AULAD CENTRE.

|


Jawatan Kosong di SAYANG AULAD CENTRE,Taman Maluri,Kuala Lumpur.

Jawatan 1: Guru Pra-Sekolah.
Kelulusan: Diploma/Ijazah (kelulusan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak satu kelebihan).

Jawatan 2: Pengasuh Taska (Wanita)
Kelulusan: Sijil/SPM/Setaraf

*Tawaran gaji yang menarik
*Bagi jawatan pengasuh,tempat tinggal dan makan disediakan bagi yang berminat.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:

Sayang Aulad Centre: 03-92811981
Hajjah Marsita Abdullah : 013-2021737
Ustaz Umar Bin Mohamad Noor : 013-2332872
Ustazah Siti Hajar Bt Mohamad Noor : 013-2785998

3 Mac Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

|


RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?



Pencerahan Isu SYRIA

|






PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

Mengapa Ulama' berbeza pendapat?

|


Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam stau-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih-lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut kehendak mereka sendiri, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan para ulama mencabuli hak Allah yang hanya Dia boleh menetapkan hukum. Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku.

Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai 'ingin jadi tuhan' kerana mengharamkan sesuatu, khususnva apabila bertentangan dengan kesukaan mereka. Memang benar, dalam Islam seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan RasulNya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuan Islam sama sekali tidak mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan selera mereka, tetapi mereka menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Al Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan Iain-Iain. Sebahagian kumpulan manusia yang keliru, suka mencela para ilmuan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca ilmuan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia telah pun bermula sejak zaman Sahabat bersama dengan Baginda S.A.W . Begitupun perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya, ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, ta’asub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai rnengendalikannya. Di ruangan terhad beberapa contoh ingin diketengahkan sebab-sebab perbezaan itu berlaku, antaranya :

Sebab Pertama : Arahan Nabi Yang Berbeza Untuk Individu Tertentu

Sebagai contoh dalam isu fiqh ibadah. Imam Muslim meriwayatkan terdapat sahabat yang cacat pengelihatan mengatakan, “Aku tidak mempunyai pemandu untuk ke masjid untuk solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk menunaikannya di rumah sahaja”. Lalu Baginda S.A.W memberikan keizinan kepadanya. Namun, apabila Baginda mengetahui orang tersebut menetap berhampiran masjid sehingga boleh mendengar laungan azan, Baginda S.A.W menarik semula keizinannya. (rujuk Sohih Muslim, No:1486) Walaupun begitu, Nabi pernah memberi kaizinan kepada saorang sahabat yang lain bernama 'Itban bin Malik, tanpa ditarik semula keizinan. ( rujuk Sohih Muslim, No:14-96).

Kedua-dua arahan mempunyai latarbelakang kisah yang tersendiri, Maka para ularna mempunyai pendirian berbeza dalam menanggapi kedua peristiwa ini sehingga memberi kesan kepada ijtihad dan cara mereka meletakkan hukum. Lalu perbezaan pendapat tersebar. Begitu juga halnya Nabi pernah memberikan izin kepada Abu Bakar As Siddiq untuk mendermakan kesaluruhan hartanya, sedang Nabi tidak mengizinkan sahabat yang lain untuk melakukan hal yang sarna, (rujuk Sunan Abi Daud, No:1678 dan No:3319). Kedua-dua kes contoh ini bukan merupakan kes terpencil malah ia berlaku dalam kekerapan yang banyak.


la jelas menunjukkan Nabi mernberikan arahan dan keputusan berbeza kepada orang yang berbeza. Kebiasaannya ia mempunyai hubung kait dengan latar belakang individu yang bertanya. Atas sebab ini, muncul ulama yang memberikan fatwa berbeza, disebabkan perbezaaan dalam mengambil dalil dan memahami konteksnya. Jika ingin difaharni, sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi membenarkan Abu Bakar As Siddiq R.A menyedeqahkan keseluruhan hartanya kerana Baginda mempunyai keyakinan terhadap keimanan Abu Bakar R.A, di samping yakin Abu Bakar mampu untuk terus istiqamah dengan Islam, tanpa merneinta-minta bantuan dari Baginda Rasul, walau dalam keadaan seluruh hartanya telah disedeqah. Namun keyakinan yang sama tidak bagi individu yang lain menyebabkan Nabi melarangnya.

Sama keadaannya dalam kes sahabat bernama Hamza Ibn 'Amr Al Aslami, beliau sudah terkenal dengan amalan berpuasa banyak. Tatkala beliau ingin bermusafir, beliau bertanya kepada Nabi, Baginda menjawab, “Karnu bebas sama ada untuk berpuasa atau berbuka” (rujuk Sohih Bukhari, No:1943) Sedangkan dalam hadis lain, Nabi menyebut, “Tiada sebarang kebaikan untuk mengekalkan puasa tatkala dalam perjalan jauh” (rujuk Sohih Muslim, No:2612). Kita dapat melihat perbezaan fatwa dan ijtihad pasti wujud disebabkan dua arahan Nabi yang berbeza dalam dua situasi yang juga berbeza.

Tentunya, kumpulan sahabat yang mengetahui dan mendengar jawapan Nabi kepada Hamza berbeza dengan kumpulan yang mendengar Baginda ketika melarang. Hasilnya, masing-masing akan membawa dan menyebarkan apa yang didengarinya kepada orang lain dan berterusan. Akhirnya, akan dapat dilihat dua hukum dalam satu isu. Atas dasar itu, terzahir peranan, keperluan kepada kebijaksanaan dan kajian mendalam oleh para ulama dan ahli fiqh, iaitu bagi menentukan hukum yang lebih tepat bagi situasi yang berada di hadapannya, di waktunya dan negaranya. Mereka akan menentukan sumber rujukan hadis dan latar di sebalik hadis terbabit, bagi mengeluarkan jawapan hukum yang paling sesuai bagi keadaannya.

Sebab Kedua : Arahan Khusus Dilihat Sebagai Arahan Umum

Terdapat juga ketikanya, Nabi S.A.W memberikan arahan khusus kepada individu tertentu, namun ia didengari oleh sahabat yang lain lalu menganggapnya sebagai arahan umum buat semua lalu menyebarkannya, sebagai contoh : Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Mereka yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup”. (rujuk Sohih Bukhari, No:1287) Isteri Baginda Nabi S.A.W, 'Aisyah R.A menolak kandungan hadis ini dengan berpendapat ia adalah kes khusus untuk seorang wanita Yahudi sahaja, (rujuk Sohih Bukhari, No:1289). ‘Aisyah juga membawakan ayat Al Quran yang jelas menolak beban dosa si hidup ditanggung oleh si mati, ini adalah satu kes yang jelas bagaimana arahan Nabi boleh dianggap oleh sekelompok ulama sebagai khusus, manakala yang lain mengambilnya sebagai umum untuk semua.

Selain itu juga berlaku kes seorang sahabat Nabi yang miskin bernama Sulaykh Al Ghartafani, memasuki masjid di ketika khutbah sedang berjalan, Nabi S.A.W rnengarahkannya untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakaat terlebih dahulu. (rujuk sohih Muslim, No:2023). Terdapat ulama yang memahami arahan Nabi itu sebenarnya adalah khusus untuk sahabat miskin ini sahaja, ia adalah kerana Nabi inginkan para sahabat yang lain dapat melihat tahap kemiskinan sahabat tersebut (sewaktu beliau solat), seterusnya tergerak untuk membantunya kelak. Atas kayakinan ini, mazhab Hanafi melarang sesiapa solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah, fatwa tersebut berbeza dengan beberapa mazhab lain yang menggangap kebenaran tersebut adalah untuk semua umat Islam dan umum bukan khas untuk seorang sahaja.

Para sahabat Nabi yang berada di masjid ketika itu juga mempunyai perspektif berbeza terhadap arahan Nabi, lalu ada yang meriwayatkannya tanpa dikhususkan kepada apa-apa kes tertentu manakala ada yang memahami sebaliknya. Hasilnya, perbezaan pendapat dan ijtihad bertaku, sama ada di kalangan sahabat sendiri dan tentunya di zaman selepas itu. Ibn Qutaybah di dalam kitabnya Ta’wil Mukhtalaf Al Hadis pernah mambawakan kata-kata sahabat Imran al Husayn ertinya, “Demi Allah, aku sedar aku boleh meriwayatkan cukup banyak hadis jika aku ingin, namun amalan yang dilakukan oleh kebanyakan sahabat menghalangku dari melakukannya. Sepengetahuanku terdapat kekurangan (kurang tepat) dalarn sebahagian penyampaian mereka”.

Atas dasar ini, Khalifah Umar al-Khattab semasa pemarintahannya, melarang para sahabat meriwayatkan hadis dalam kadar yang terlalu banyak kerana dibimbangi ketidakfahaman mereka serta latar belakang mereka selaku para sahabat yang agak jauh dari Nabi serta kurang pakar dalam bab hukum, lalu boleh menyebabkan kefahaman mereka tersasar dari konteks sebenar lalu menambah kusut dan keliru. Atas sebab itu, kita dapat melihat hanya beberapa orang sahabat sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah, ‘Aisyah sendiri dan beberapa yang lain, itu pun sekadar sukar untuk rnelebihi 5,000 hadis, (rujuk Tazkiratul Huffadz, Imam Shamsuddin Az Zahabi, 1/7)

Ketiga : Perbezaan Kefahaman & Persepsi

Agak kerap juga berlaku, sesuatu ibadah Nabi dilihat oleh ramai sahabat di waktu-waktu yang berlainan, Keadaan ini rnenghasilkan kefahaman yang berbeza-beza terhadap apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, ketika Nabi S.A.W menunaikan Haji, sebahagian sahabat mengatakan Nabi melaksanakan Haji Ifrad kerana beliau mendengar Nabi menyebut, “Labbayka bi hajjatin” ertinya (Aku mempersembahkan diriku untukMu, Wahai Allah untuk melaksanakan haji), (rujuk sunan an Nasa’ie dan al Bayhaqi, No:8830)

Ramai ahli hadis mengatakan jalur periwayatan hadis ini adalah sohih, namun begitu sebahagian sahabat lain pula meriwayatkan bahawa Nabi melaksanakan Haji Qiran (rujuk sohih Bukhari, No:1563; Muslim, No:2995) Kedua-dua periwayatan ini kelihatan bertembung kerana kedua-dua jenis Haji adalah berlainan antara satu sama lain. Masalah membesar apabila haji Qiran juga boleh dimulakan dengan lafaz yang sama. Di ketika itulah wujudnya peranan ulama Mujtahid sama ada dari kalangan sahabat Nabi atau selepasnya. Mereka bertanggungjawab untuk mengharmonikan nas-nas yang kelihatan bertembung ini dan menjelaskan kekeliruan.

Sa'id Ibn Jubayr seorang ulama besar di kalangan tabien, pernah menegaskan kekeliruan seperti ini kerap berLaku sebagai contoh, ketika Nabi berada di Miqat di zul khulayfa untuk memulakan ihram, Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di dalam masjid dan memulakan ihramnya. Maka sebahagian sahabat yang dapat melihat perlakuan Nabi itu, kemudiannya ketika Nabi menaiki untanya, dan sewaktu unta ingin bergerak Nabi menyebut “labbayk…” , di ketika itu sudah pasti ramai yang berada di sekeliling Nabi dan mendengar Baginda melafazkan kalimah itu.

Disebabkan ramainya sahabat di sekeliling Baginda, maka tidak semua dapat mendengar dengan jelas, kemudian, di ketika Nabi berada di puncak Bayda, sekali lagi Baginda melafazkan “Labbayk…” secara kuat. Semua sahabat yang mendengar pada setiap kali Nabi mengucapkannya akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan yang lain, kerana ada yang mendengar buat pertama kali dan ada yang mendengar buat kali ketiga dan kedua. Keadaan itu adakalanya boleh menyebabkan perbezaan dalam meyimpulkan hukum dan sunnah.

Abdullah ibn Abbas adalah antara yang mendapat gambaran paling jelas tentang tatacara Nabi menunaikan haji, beliau dikira sebagai salah seorang ulama mujtahid di kalangan sahabat yang perlu dirujuk bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang tepat. Selepas zaman sahabat, para ulama mujtahid sentiasa mempunyai maklumat yang lebih jelas, namun begitu, ia tidak dapat mengelak dari perbezaan persepsi yang akhirnya membawa kepada kesimpulan hukum yang berbeza.

Keempat : Satu Perkataan Yang Mempunyai Pelbagai Maksud

Sudah menjadi kebiasaan dalam apa jua bahasa, satu perkataan boleh sahaja mempunyai dua tiga atau lebih maksud, sama ada perbezaan itu berdasarkan bahasa rasmi dan persuratan ataupun terpengaruh oleh dialek setempat. Dalam hal ini, perkataan wudhu adaLah jelas merupakan perbuatan ibadah khusus untuk menunaikan solat dan memegang Al Quran. Namun begitu dari sudut bahasanya, wudhu juga membawa maksud membersih dan membasuh tangan dan boleh membawa maksud wudhu pada istilah ibadah.

Imam At Tirmidzi menyebut dalam kitab beliau Shamail Muhammadiah, seorang sahabat bernama Salman satu hari bertanya kepada Nabi, katanya menurut kitab Taurat, wudhu selepas makan boleh membawa berkat, lalu beliau meminta ulasan dari Baginda Nabi, Nabi ketnudiannya menjawab, “Wudhu sebelum dan juga selepas makan adalah sumber keberkatan dalam makanan tersebut”. (rujuk Shamail, No:186)

Di dalam hadis yang disebutkan oleh Salman ini, majoriti ulama berpendapat lafaz wudhu yang digunakan merujuk kepada erti asalnya iaitu basuhan tangan dan bukan wudhu pada istilah Fiqh (iaitu basuhan beserta niat bermula dari wajah dan seterusnya). Demikian juga sebuah dalam situasi yang direkodkan oleh Bazzar, bahawa sahabat Nabi Muadz R.A ditanya, “Adakah kamu mengarnbil wudhu selepas menikmati makanan yang dibakar oleh api? Beliau menjawab, “Kami hanya membasuh tangan dan mulut sahaja”. Namun ia dilafazkan sebagai wudhu. Keadaan ini menyebabkan para ularna mazhab boleh berbeza ijtihad dalam menentukan sama ada perlu berwudhu dalam bentuk ibadah khusus setiap kali selepas menikmati makanan yang dibakar di atas api atau hanya perlu membasuh mulut dan tangan? Majoriti berpegang kepada erti wudhu secara bahasa iaitu basuhan sahaja, namun terdapat ulama yang berpandangan selainnya.

Bersandarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas dan banyak lagi sebab yang lain, hukum di dalam pelbagai bab dan bidang hukum juga turut terkesan, lalu muncul pandangan dan ijtihad yang berbeza dari seorang alirn kepada yang lain. Orang ramai tidak perlu merasa pelik dan susah hati dengannya. Apa yang perlu, serahkan urusan kepada mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang mereka. Jika orang awam sudah mula berfatwa bersandarkan satu dua hadis atau ayat, dan kemduian merasa diri lebih benar dari kefahaman mendalam dan kajian khusus oleh para ilmuan, itulah tanda kehancuran akan mendatang.


Syabas Ana Raffali Bertudung Kerana Lunaskan Apa Yang Wajib Sebagai Wanita Islam

|

Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung

Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.

Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.

"Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain.

"Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.

Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.

Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.

Bersedia ke alam perkahwinan

Dalam perkembangan lain, Ana bakal melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada Sabtu ini memberitahu dia telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Ana berkata, dia tidak perlu berasa debar atau takut kerana perkahwinan itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut dalam agama dan berharap akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

"Sejujurnya saya langsung tidak rasa takut atau berdebar untuk bergelar isteri kepada Naim kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang menakutkan. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar pada majlis itu nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Ana berkata, persiapan untuk majlis itu telah hampir siap berkat daripada pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Acara pada Sabtu ini akan dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu sekitar pukul 10.30 pagi dan upacara akad nikah sejam kemudian.

Kedua-dua pasangan itu akan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana iaitu Mohd Raffali Mohd Nor. -mstar

Mendidik anak-anak mencintai Nabi SAW Perlu serius

|




Mendidik kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. dalam diri anak-anak dan cucu kita adalah satu tuntutan yang amat penting. Kita sebagai ayah, ibu atau datuk dan nenek perlu berfikir adakah kita beenar-benar serius dalam mendidik anak-anak dan cucu ke arah mengenali dan menyayangi Rasulullah s.a.w.?

Pertama, lihat dalam sukatan persekolahan anak dan cucu kita - adakah ada di dalamnya subjek atau sukatan yang menyentuh tentang Rasulullah s.a.w.? Jika ada, adakah ia banyak dan mencukupi atau hanya sekadar ada semata-mata?

Kedua, lihat pada bahan bacaan anak dan cucu kita - adakah dalam bahan bacaan itu ada maklumat tentang Nabi s.a.w. atau mereka hanya membaca bahan-bahan hiburan kosong dan kartun yang tidak ada unsur agama?


Ketiga, lihat pula pada perbualan kita dan mereka, adakah kita bercerita atau bercakap dgn mereka sesuatu yang berkaitan dengan diri Rasulullah s.a.w.? Atau kita hanya - marah, perintah, larang, bergurau, cerita yang tak berfaedah? Atau sekadar membawa mereka ke taman permainan atau pusat hiburan dan itu sahaja?

Keempat, lihat pada pendedahan mereka terhadap media dan alat teknologi masa kini - kalau televisyen, apa rancangan yang mereka lihat? Kalau internet, apa laman web yang mereka layari? Adakah kita pernah terfikir - segala yang mereka lihat itu membawa kepada cinta Nabi s.a.w. atau sekadar buang masa?


Jangan salah faham bahawa saya kononnya nak menghalang para pembaca untuk berhibur bersama anak-anak dan cucu, tetapi perlu juga difikirkan 'isi kandungan' kehidupan seharian dan hiburan itu sendiri - adakah membawa ilmu dan manfaat atau sekadar haabis begitu sahaja?

* Kalau perkara-perkara di atas tidak dipandang serius oleh ibu bapa dan datuk nenek, bagaimana kita boleh berangan-angan bahawa anak dan cucu kita akan cintai Nabi s.a.w. kalau tidak ada masa langsung untuk 'Nabi s.a.w.'?

Mohon maaf~

|


Assalamualaikum wbth

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam atas nikmat iman dan islam,juga atas nikmat hidup yang Allah beri pada kita.

Pertamanya saya ingin memohon beribu kemaafan buat semua pembaca kerana hingga saat ini barulah saya berpeluang untuk menjenguk ::DUNIAKU..MIMPIKU:: ini.Bukan sahaja sudah berhabuk,bahkan sudah jadi...korang semua sambunglah :)

Dalam tempoh "hibernasi" saya dari penulisan ini,

banyak perkara yang berlaku.Ada yang baik,ada yang buruk.Apapun,semuanya ketentuan dari Allah swt.Kita merancang,tetapi Allah lebih hebat perancangannya untuk kita.Redha dan bersyukurlah atas segala ketentuan DIA untuk kita.Kheir Insya Allah.


Insya Allah,::DUNIAKU..MIMPIKU:: akan terus diupdate dan saya bercadang untuk mempelbagaikan genre penulisan,samada berbentuk artikel,atau santai-santai.Semoga ilmu yang kita kongsi bermanfaat untuk diri kita dan Ummah.

sekian dahulu untuk kali ini.Jumpa lagi.wassalam

Alhamdulillah,saya sudah dikurniakan dua penyejuk hati