MAAL HIJRAH 1430

|






ASSALAMUALAIKUM WBT..ap khabar semuaa???Alhamdulillah..hari ini aku masih diizinkan oleh ALLAH SWT untuk hidup,untuk menghirup udaraNYA,dan juga untuk masih lagi berpeluang mengingatiNYA...firman ALLAH:..وقليل من عبادي الشكور

ALLAHUMMA JA'ALNA MINAL QALILIN...ya allah..jadikanlah aku dikalangan hambamu yg sedikit itu....


Posting kali ini aku nk bcakap tentang MAAL HIRAH.Mula2 aku nak tanya korang, ape sebenarnye maksud "MAAL HIJRAH" ni ye...? (Sape tau angkat tangan). Secara umumnya, rata2 kita faham Maal Hijrah adalah sambutan bagi mengenang/menghayati peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah a.k.a Yathrib pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, sambutan ini dinamakan "Maal Hijrah" yang membawa maksud "Bersama Berhijrah" atau "Bersama (Menghayati) Hijrah". Pasainya, asal kata Maal Hijrah adalah "Ma'a" (huruf Mim dan Ain) yang bermaksud bersama, dan Hijrah (hijrah tu hijrah la, korang pun tau sebab kita dah terima perkataan ini dalam Bahasa Melayu). Jadi itulah ceritanya maksud sebenar "MAAL HIJRAH" tu...
.
Kemudian sedikit info tentang peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w untuk kita berkongsi bersama. Kita semua tau tahun di mana hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam. Tapi, korang tau tak tarikh sebenar-benarnya Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah? Hmmm...ni aku nak bagitau nih. Menurut pandangan jumhur ulama dan atas penyelidikan pakar2 tawarikh Islam zaman silam (walaupun terdapat percanggahan serta pendapat lain), hijrah Rasulullah s.a.w bermula pada 26hb Safar...hmmm...so bukan pada 1 Muharam ye kawan-kawan. Yakni kurang lebih hampir dua bulan selepas 1 Muharam. Dan kronologi peristiwanya kebanyakan korang pun tau rasanya.
.
Mekah---Gua Thur---Bina Masjid Quba'---Madinah*---Bina Masjid di perkampungan Banu Salim bin 'Auf---Madinah dan bina Masjid Nabawi.
.
Info dari kronologi di atas:
.
Dari Mekah ke gua Thur = 3 hari. Kemudian Rasulullah s.a.w stay 3 hari dalam gua tu
.
Masjid Quba' = Masjid PERTAMA didirikan di dalam sejarah Islam (jangan bayangkan masjid zaman Rasulullah s.a.w macam masjid zaman sekarang ye. Bayangkan bangunan daripada pelepah2 pokok kurma)
.
Madinah* = Baginda tiba di pinggiran Madinah, belum sampai kota lagi. Ketibaan Rasulullah ini jatuh pada 12 Rabi'ul Awal, iaitu pada hari lahir Rasulullah...ala yang kite sambut Maulidur Rasul tu (ps: Maulidur Rasul perlu diingati bukan sahaja sebagai tarikh kelahiran Baginda, tetapi juga tarikh kewafatan Baginda)
.
Masjid di Banu Salim bin 'Auf = di sinilah solat Jumaat dan khutbah Jumaat yang pertama dalam sejarah Islam direkodkan
.
Madinah (kota Yathrib) = Akhirnya Rasulullah tiba di kota Madinah pada 22 Rabiul Awal. Jadi perjalanan Hijrah Baginda memakan masa 26 hari iaitu bermula pada 26 Safar (pada tahun tersebut bulan Safar 29 hari je) hinggalah 22 Rabiul Awal. Oleh itu, Hijrah Rasulullah s.a.w bukanlah perjalanan yang singkat serta dalam keadaan senang-lenang. Kalau korang baca kronologi yang lebih terperinci tentang perjalanan 22 hari tersebut, kita akan dapat tengok betapa banyaknya cabaran yang terpaksa Rasulullah s.a.w lalui sebelum sampai ke destinasinya...
.
Sekian dulu perkongsian aku untuk kali ini.


p/s:al-fatihah untuk saudara kita di ghaza
|





Wanita Solehah



Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”


Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)


Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah

Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh


Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)


Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.


Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.


Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”


2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.


Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.


Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)


Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .


Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.


Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah Al-A’raar:26)


Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.


Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.


Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.


2. Bersikap malu terhadap suami.


3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9. Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Dialah permata yang dicari

selama ini baru ku temui

namun ku tak pasti rencana ILAHI

apakah dia kan ku miliki...


AKU tanpa ikhtilat......

|



khtilat menurut Islam



Apa itu ikhtilat?Ikhtilat bermaksud pergaulan dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.





Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.Hukum Asal Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.Dalil-Dalil Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi. Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan.


Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan


Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini [rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan], namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia.


Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:



· Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja, malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki· persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar. Di universiti, keadaan sama berlaku.



Pengecualian Bagi Hukum Asal


Unsur Darurat


pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.


Apabila Wujud Keperluan atau Hajat



· Muamalat Maliyyah (urusan harta)


Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.


· Penyaksian (urusan mahkamah)


Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.



· Urusan kerja


Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.



· Melayani tetamu


Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.



· Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat


Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.



Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis


Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.


Pergaulan semasa belajar


Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.


Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam



· > Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.


· > Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.


· > Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.


· > Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.


· > Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.


Step one...tasjil madah

|


Assalamualaikum wbt..kaifahalukum jamian???aiwah...dah pandai nk ckp arab skrg..:)..bl tgk kat "title" tu,ana (pem"blog") nk cerita skit tentang pengalam pertama tasjil madah atau dlm bahasa yg ramai org melayu faham "daftar kursus/subjek"..

waktu ktorg mula2 dtg dl...senior2 yg uruskan tasjil madah ktorg ni..jd kitorg xtaula care2 nk wat tuh...lantaran itu,fasal thani ini pulak...ktorg
kn daftar sendiri...

setiap mahasiswa diberikan tempoh untk tasjil madah...ms yg diberikan pd ana ialah pukul 9:40-
9:55pagi...dan ianya hanya blh ditasjil melalui online (www.aabu.edu.jo) di tempat yang telah dikhususkan iaitu...di bngunan fakulti syariah wal-qanun (kos yg ana amik kat jamiah)..

nk djadikan cerita...pagi tu,ana terbangun lewatla pulak..!!!! aib kabir sheikh...dahla first time...sdp sgt tido lps
subuh..kat sini subuh dlm pkl 4:30pagi...jadi mmg lm la waktu utk rehat..hmmm... pastu aplagi,kelam kabutla bsiap...tp..bl terlihat jam di tangan dan di henset (NOKIA 6680),ana rasa mcm nk btus asa.."HAI...XSEMPATLAH AKU ARINI..."ngomelku sendiri...hahah..tgh2 duk serabut tu,ana teringt sorg kwn ana,zirrow ( Wan Nazir..) yg waktu tasjil dia sama ngn ana...aplagi,dgn seluruh kudrat yg ada,ana trus mncapai hp utk menelefon beliau..."salam zirrow,abu nih! aku nk mntk mung tasjil utk aku bulih dop???"kataku dlm loghat trganu..huhu...

ALHAMDULILLAH...akhirnya zirrow bjaya mntasjilkan madah utk ana...tp ada satu madah yg ana pilih dah "mughlaq" mksudnya dah penuh..kat sini kl kt lambat tasjil,kmungkinan besar madah2 yg popular akan penuh...jd ana kn carik satu lg madah utk mencukupkan 6 madah utk fasal thani ini... jadi,camtulah pengalaman ana mendaftar subjek!!! huhu..

bl dah selesai sume ni...ana teringat keluarga ana di tanah air...ayah,ummi,angah,dan aja yg amat2 ana rindui...walaupn bl time tlpn,ana mcm gembira..tp yg sbnrnya...ana rindu sgt dgn gelak tawa mereka...semualah...tanpa mereka,mana mungkin ana dpt m
enjejakkan kaki di tanah syam yg penuh berkat ini..xlupa juga buat guru2 yg pernah mendidik dan mengasuh ana yg "NANO" ni..kwn2,rakan persejuangan yg banyak memberi sokongan..terima kasih utk kalian semua...doakan ana berjaya dalam pelajaran ana di sini...



dari kiri ana,zirrow,auni,dan tuan khiedir

renungan

|

Seluar Londeh Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi?


Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa dan nak pakai apa pun!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.
"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi ke planet lain". Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.
"come on la ustaz, tak kanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini,think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain. Hak terutama dan yang tertinggi : adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya (dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079) Hak kedua : adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut. Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja. Hak ketiga : adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)
Hak keempat dan yang ke seterusnya : adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.
Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.
Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?
"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.
Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.
Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.
Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.
Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-
1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.
Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.
Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." (Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)
2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.
"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.
"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"
"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"
Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.
Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.
Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.
"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.
Sudah tentu bukan kerana pakaian sesksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.
"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.
Bila ditanya mengapa, ia kata " Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.
Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.
Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.
Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.
Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

p/s : dulu kerajaan China dan Kelantan larang pakaian seksi, sekarang Amerika pun terasa bahangnya???

dr zaharudin

dakwah kickstart...

|

Saya sangat tertarik tika membaca cerpen 'Sang Penyeru' karya Hilal Asyraf. Mengisahkan seorang tua yang tidak jemu menyeru manusia kepada Islam. Walaupun dia dibenci oleh komuniti kampung yang nyata menzahirkan amarah mereka dengan segala macam bentuk tindakan kejam, namun dia tetap kental meneruskan misi dakwahnya. Tumbs up buat Hilal Asyraf yang berjaya menyeru manusia dengan penulisan.Saya tidak pandai menulis. Kadangkala idea begitu banyak, namun bila cuba menyusun ayat, saya akan surrender. Tapi saya cukup 'pengen' mahu menulis. Menulis cerpen atau karya apa pun yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.Saya sudah lama mahu menulis tentang ini, 'Softskill'.Saya memandang ia adalah suatu elemen yang wajib diambil berat oleh Daie. Kerana Daie perlu memaksimumkan kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugasnya. Maka, Daie perlu mengukuhkan dan membina kemahiran yang sebanyak mungkin. Juga perlu selari dengan zaman dan realiti.Mengukuhkan dan membina kemahiran2 point penting yang saya mahu highlight kan. Setiap manusia Allah kurniakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi, jangan biarkan anda terus dengan lautan kelemahan. Setiap kurniaan itu ada hikmahnya.Kelebihan yang Allah kurniakan pada anda perlu digunakan sehabis mungkin dalam kehidupan. Namun apa yang menyedihkan, manusia kadangkala tidak menjumpai di mana kelebihannya. Kekuatan luar biasa tidak pernah dimuntahkan,malah disimpan sehingga karat.Maka daie perlu koreksi diri. Cari dan gali diri anda, kesannya anda akan menjumpai jongkong emas yang masih belum dilebur dan dibentuk!Tika kelebihan diri sudah anda kesan, maka apa yang perlu anda lakukan ialah mengukuhkan ia. Tampal jika ada kelompangan dan kukuhkan strukturnya. Nescaya ia sangat berguna untuk misi dakwah anda.Jika anda sudah mencari, namun tidak menjumpai,usah khuatir. Kemahiran itu boleh dibina. Maka proses membina harus dilakukan dan mungkin ia memakan sedikit masa. Namun jangan bimbang, "Jika Kau menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu" - Surah Muhammad ;7.Terlalu banyak kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang daie. Kita tidak boleh hanya melakukan 1 kerja dalam suatu masa kerana mungkin ketika itu sang musuh sudah berjaya membina 10 strategi untuk memusnahkan kita.Berfikiran tajam, strategi yang jitu dan penyatuan ESQ yang baik adalah perkara asas dalam usaha mahu menguasai dunia

tinta awal

|



Doaku


"Dalam sujud malamku, ada doa untuk orang yang aku cinta. PadaMu aku berikan harapanku, padaMu aku curahkan gundahku. Dalam sujudku ditengah keheningan malam, ingin kugapai dia dalam ridhoMu ya Rabbi. Sesungguhnya tanpaMu semuanya takkan berarti.."



Beatiful words..
"Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karekter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.


"Bila ana merayau-rayau jenguk2 blog org tadi, ana jumpa ayat ni.. Subhanallah,memang spirit words.. Beatiful words