It's Easy And Wonderfull Being Hafiz/Hafizah Quran!!

|



Salam Semua :)

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT kerana dengan inayah daripadanya dapat lagi ana menulis di ruang maya ini.

Dan alhamdulillah juga,ana baru sahaja selesai menduduki Final Exam bagi Madah Ulum Quran pada pagi ini.moga-moga najah lah insya allah.

Untuk posting pada kali ini,ana nak berkongsi dengan sahabat semua tentang Kaedah Menghafal Al-quran.

Firman Allah SWT ;-
ولقد يسرنا القرءان للذكر فهل من مدكر

"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka adakah orang yang menghendakinya? ( Al-Qamar:17 )"

Nah,apa lagi alasan bagi mereka yang mengatakan bahawa menghafal al-quran ini payah? Gembelengan usaha serta doa dan tawakkal kepada Allah pasti akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Di sini ana akan menggariskan kaedah-kaedah yang boleh dikongsikan bersama:


Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah AlBaqarah

sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisahmisahkan
sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai
mengikut arahan guru.

2. Memisahmisahkan
selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang
sesuai.

3. Memisahmisahkan
surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.

4. Memisahmisahkan
juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan
sebagainya.

5. Memisahmisahkan
AlQur'an
kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurangkurangnya
lima kali sebelum mula
menghafalnya.

2. Membaca ayat yang telah dihafal berulangulang
kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat
seterusnya.

3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan
bahagian yang kedua.

4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat
seterusnya.

5. Sebelum menghafal bahagian AlQur'an
seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh AlQur'an
atau beberapa qari' bagi surahsurah
tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayatayat
yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayatayat
tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan AlQur'an
dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu
kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan
yang betul.
2. Bagi kanakkanak,
rakamkan bacaan ibubapa
atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanakkanak
tersebut. Minta kanakkanak
tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali
hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah
dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayatayat
tersebut dan bayangkan posisinya
di
minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau manamana
yang sesuai sehingga ayat yang
telah dihafal. Cuba bayangkan ayatayat
yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut
dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.



Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar,
selepas azan dan lainlain
lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Sekian sahaja perkongsian ana untuk kali ini.Moga-moga ianya memberi manfaat untuk diri sendiri dan semua.Selamat beramal!!

"Mari realisasikan mimpi"

Bila Najib Diusir Dari Seri Perdana

|


oleh: Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.



Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato� Seri Abdul Hadi Awang atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:

"Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana�mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

"Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik."

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:

"Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:

"Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.

"Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.

Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato� Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato' Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak �pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan


sumber:harakahdaily.net

Sanah Helwah

|

Salam Semua,

Alhamdulillah..setelah beberapa lama ana tak dapat menjenguk blog ini akhirnya sempat juga nak mengupdatenya.huhu.Kesibukan memerah otak ketika fatrah exam kali ini betul-betul membuatkan ana tercabar.dan siang tadi ana baru je selesai exam Usul Fiqh.fuh,alhamdulillah,rasa-rasa cam boleh jawab je.hehe..

Sebentar tadi,tepat pukul 12 tgh malam (waktu malaysia ),ana baru menerima satu SMS dari nombor yang ana tak tahu siapa empunyanya.huhu..sorry..mesegnya berbunyi..

"Jangan rasa sepi,senyumlah selalu!!
kerana henponmu berbunyi lagi
Maknanya ade seseorang yg x pnh lupakan hr jadimu.
HEPY BESDAY yg ke 22
Moga hdpmu dbwah keberkatan Ilahi sentiasa
Amin"

Hah,ana sendiri pun lupa yang hari ni 13 MEI 2009,besdey sendiri rupanya.alhamdulillah..tak sangka masih ad sahabat yang sudi mengingati hari yang penuh bermakna bagi ana ni.Teringat kisah semasa ana di bangku persekolahan dulu,ana sedang berjalan dengan kawan-kawan nak balik ke asrama,tiba-tiba..........

"Abg abu!!!,Hepi Besday!!!!!"

Punyalah terkejut ana bila tgk kat tingkat atas bangunan sekolah,rupanya adik-adik junior muslimat yg jerit2 dari atas...haha,ana nk marah pun xjadi,kawan-kawan ana yang lain ni semua tergelak sambil mengusik-usik ana.Kenangan ni ana akan ingt sampai bila-bila.


Bila terkenangkan umur yang sudah meningkat ni,perasaan ana bercampur baur,antara sedih dan gembira,takut pun ada.Banyak manakah amal ibadah yang telah ana lakukan?berapa banyak dah ana mengulang hafalan al-quran yang makin hari makin menjauh ni?Tanggungjawab ana sebagai seorang anak kepada ibu bapa sudak terlaksana sepenuhnya belum?Persoalan-persoalan ni yang membuatkan ana sendiri takut untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang.


Tapi,kenapa di hari yg sepatutnya ana gembira ni,ana terasa sedikit sunyi.Kalau dulu,hampir setiap minit,ada sahaja ucapan-ucapan selamat hari lahir dari rakan-rakan,sekarang....bukan ana nak sangat ucapan-ucapan tu.Tapi,salahkah ana ingin rasa dihargai?,ingin rasa diingati selalu?..Benarlah kata orang,Kawan Datang Dan pergi..seakrab mana pun kita dahulu,itu tak menjamin tautan yang terbina itu kekal selamanya.Akhirnya hanya tinggal diri kita sendiri sahaja.

Ada orang yang mengatakan,Times changes everythings,Masa mengubah segalanya,adakah tanggapan ini betul?seseorang itu boleh berubah bilamana masa yang membawa mereka,sikap mereka,keprihatinan mereka,semuanya pergi menghilang bersama beredarnya masa,Sungguh tidak adil rasanya..

teringat Mutiara kata dari bijak pandai:

"Waktu kamu lahir,kamu menangis
dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal
kamu tersenyum dan oran-orang di sekelilingmu menangis"

Bukan ucapan-ucapan yang dipinta,tetapi ingatan dan kasih sayang yang ana mahukan.Andai tiada yang sudi,Cukuplah Allah sebagai tempatku mengadu dan sebagai segalanya bagiku.Kepada semua yang mengenali ana,ampun dan maaf ana pinta andai selama hidup ini pernah melukakan hati kalian.SELAMAT HARI LAHIR YG KE 22 untuk Abu Bakar Bin Mohamad Noor