Ustaz@Ustazah

|

Jam di tangan tepat pukul 10 malam(waktu jordan),lagu Redha dari album terbaru inteam membuatkan bilik yang sunyi jadi tak sunyi.hehehe..ntah apa yang ana melalut ni.malam ni terasa sedikit bosan,mungkin kerana Bahas Usul Fiqh dah nak siap,tinggal nak print muka depan je lagi.Fuh..rasa lega sikit.


Tadi baru baca posting terbaru dari sahabat ana,Ust Afiq.Gaya penulisan yang unik serta isi yang menarik membuatkan ana terfikir bilalah agaknya ana ni akan jadi hebat macam dia..hehe..jangan bangga pulak afiq,nama nta masuk posting ana kali ni.Untuk rujukan,sahabat-sahabat bolehla ke blog beliau di alamat http://afiqsaleh.blogspot.com promote sket


Dalam duduk diam-diam ni,ana teringat satu kejadian yang boleh sama-sama kita khususnya warga mahasiswa Universiti Al-albayt dan umumnya yang medalami ilmu agama ambil berat dan memikirkan jalan penyelesaian.


Ketika ana dan rakan-rakan baru selesai kuliah Fiqh Ibadat dan dalam perjalan untuk menaiki bas,terdengar derapan tapak kaki yang laju semacam orang berlari ke arah kami.


"Tepi-tepi!!Jangan dekat-dekat!! kami tak suka berikhtilat"


Terkejut ana dan rakan-rakan bila menoleh tatkala melihat tiga orang akhawat yang berkata begitu kepada kami dan terus memotong kami.Terdetik dalam hati ana kenapalah diorang ni jadi macam tu.Sudahlah terjerit-jerit,adab sebagai seorang muslimah pun takde.
Sudah umum kita ketahui,muamalat antara lelaki dan perempuan mesti dijaga dan dibatasi.Budaya bercouple/berpakwe makwe adalah dilarang sama sekali di dalam islam.Kenapa kita selaku mahasiswa/wi pengajian islam masih tidak faham-faham lagi??


Berbalik kepada kisah tadi,tindakan akhawat2 tadi mungkin untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap program Aku Tanpa Ikhtilat anjuran persatuan pelajar di sini.Program tersebut diadakan bagi memberi kesedaran kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di sini bahawa Ikhtilat antara bukan muhrim adalah tidak dibenarkan


Pelik kerana sebagai mahasiswa yang mempelajari bidang agama dan mempunyai title ustaz @ ustazah perlu lagi didedahkan tentang perkara-perkara sebegini.Bukan untuk mengaibkan ustaz/ustazah,tapi inilah realitinya.


"Alah,ngko dulu pun bercouple jugak!! nak nasihat orang pulak! blahla!"


Kata-kata sebegini selalu dihamburkan kepada mereka yang sudah berubah.salahkan berubah???kadangkala sikap prejudis sesetengah pihak membuatkan kita tak mahu berubah,padahal jauh di sudut hati,inginkan perubahan.


Justeru,sahabat-sahabat sekalian,marilah sama-sama kita betulkan keadaan ini,janganlah ilmu agama yang kita pelajari ini menjadi fitnah kepada kita di kemudian hari.Malulah kita dengan mereka yang mempelajari ilmu duniawi tetapi mengamalkan akhlaq dan peribadi yang lebih baik dari kita yang kononnya mendalami ilmu ukhrawi.


Ana rasa cukup sahaja penulisa ana untuk kali ini.Maaf andai menyentuh hati mana-mana pihak,sekadar luahan hati dan nasihat untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat.


"Ya Allah yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati-hati kami pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu"

Siapalah Aku

|

Hati Ini Menangis lagi..Entah sebab apa ..Aku Tidak Tahu

Hati Ini Menangis Lagi....Entah Pada Siapa .. Aku Tidak Pasti

Hati Ini Menangis Lagi..Entah Berapa Kali ... Aku Tidak Peduli

mengapa oh mengapa ..kita bertemu..

seandainya penghujungnya ..kau kan berlalu ..

payah ku mengerti ..apa yang terjadi..

hingga dasar hati ..sanggup kau racuni

ku merenung langit tinggi ..ku mencari harga diri..

oh..mengapa begitu.. angkuhnya sikapmu

tak sanggup ku kenang.. biar hilang di pandangan

lenyap diingatan.. bayang kehitaman

terluntur fikiran.. menjerut2 kelemasan

oh..akalku.. oh..jiwaku

rindu jadi dendam.. kasih lama tenggelam

tak rela lagi mengulangi.. pengalaman lalu

menyedarkan aku.... ooooo Tuhan.......


Ya ALLAH..Cukuplah ENGKAU sebagai segalanya bagiku...

UMMIKU SAYANG

|




AKU SAYANG UMMI
UMMIKU SAYANG UMMI
SAYANG SAYANG UMMI
UMMIKU SAYANG



Terngiang-ngiang lagu UMMIKU SAYANG yang dah lama tak ana dengar..Seingat ana lagu ni popular waktu ana di PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM @PASTI lagi.Hari-hari kami sekelas akan menyanyikan lagu ini bersama-sama.


Tepat Pukul 4pagi (waktu Malaysia) tadi,Deringan lagu Gemuruh bergema dari hp Nokia 6680.Ana ingatkan siapa tadi.Rupanya adik bongsuku Siti Hajar yang telefon.


"samekom long,kitorang nak bertolak dah ke labuan ni"


Baru ana teringat yang hari ni family ana akan ke Labuan untuk mengiringi (ceh) ayah ana menjalankan tugas rasminya sebagai PJ WILAYAH,dan labuan pun terletak di dlm teritori Wilayah Persekutuan.


"long,along tulis pasal ayah ye dalam blog along?nazifah yang bagitau,
ummi nangis dah ni,ummi kata along tak tulis pasal ummi,tp tulis pasal ayah je.."



Rasa cam nak tergelak pun ada,tapi tiba-tiba ana terfikir kenapa sampai menangis pulak..aduh...sempat bcakap ngan ummi sekejap sebelum diorang bertolak ke KLIA td..Jeles rupanya ummi..cubit kang baru tahu..haha..


Ada jugak ana terdengar cerita,dalam sesebuah keluarga tu,kalau anak lelaki nak berkahwin,ibulah orang yang paling sedih.sebabnya anaknya itu seolah-olah dirampas oleh kasih sayang yang akan diberi kepada bakal isterinya itu..mungkin kerana ibu ni seorang wanita..perasaan cemburu kerana anaknya itu akan bersama dengan wanita lain selainnya..


Kehadapan ummiku sayang yang bucuk bango ni..along bukan sengaja tak tulis psl ummi sbb skrg ni kan org asyik bercakap pasal ibu..bila lagi nak bercakap pasal ayah pulak..huhu.


Jadi kepada sahabat-sahabat semua amik hp,mesejla kepada ibu-ibu kalian sekarang.haha..Cepat!!!!


Jadi terimalah lagu Permataku untuk para insan yang bergelar ibu sekalian


Sunyi..selubungi malam
mengusik minda nan terlontar jauh
masih hangat terasa tangan yang membelai dan mengusik manja
daku damba kasihmu biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan kugapai impian


Angin..kau nyanyikan lagu
untuk permataku tenang selalu
bayu..sampaikan berita
daku kini ceria aman dan bahagia
selimutkan rinduku bersama malammu


Hadirlah dalam mimpiku
agar kau selalu ada di sisiku
rindu belaian kasihmu
rindu senyumanmmu penawar dukaku
dengarkan laguku hadiah untukmu
jasa dan baktimu ku kenang selamanya

Ayah..along rindu..

|





Ayah
Terima kasih di atas segalanya
kau tidak pernah mengeluh
Malah sentiasa tersenyum
Walau digamit keperitan

Ayah
Kini segala pengorbananmu
Hampir terbalas
Anakmu kini berjaya ke menara gading
Dan percayalah
Akan kujunjung setiap pengorbananmu itu
Yang pasti aku tak pernah lupakanya

Dan kini
Aku begitu merinduimu
Walaupun kita berjauhan
Kerna aku perlu meneruskan perjuangan ini
Demi masa depanku dan harapanmu

Namun percayalah ayah
Anakmu dirantauan ini
Tidak pernah sesekali melupakanmu
Dan percayalah aku begitu menyayangimu
Ntah kenapa hari ni teringat sangat kat ayah..ayah..doakan kejayaan along di sini..along berjanji akan pulang sebagai seorang yang boleh ayah banggakan nanti

PADA MATA SANG LELAKI

|


Pada mata sang lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.


Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.


Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.


Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat
"Jaga Mata Kawal Hati Didik Diri"