PELUANG KEEMASAN BAGI IBU BAPA MENAMBAH SAHAM DI AKHIRAT

|


Catatan di Tanah Air 2010



Assalamualaikum Wbth.

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia dan Inayah dariNya,kita semua masih lagi dapat menikmati nikmat hidup di dunia ini serta dapat menghirup udara Allah tanpa perlu sedikit pun kita membayarnya.Alhamdulillah..

Pertamanya ana ingin memohon maaf kepada semua pembaca kerana sudah lama tidak menulis.Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja atau seronok sangat dapat pulang ke Tanah air..Barangkali..:)

Hampir dua bulan bercuti di Tanah Air sehingga ke hari ini member erti yang sangat bermakna bagi ana.Saat tiba di KLIA,terpandang wajah redup Ummi dan Ayah..ah..rasa nak mengalir sahaja air mata..tapi,cover la..ada akhawat..huhu..

Banyak perkara yang ana nak kongsi dengan pembaca semua sepanjang ana berada di Malaysia.Tapi rasa macam terlalu banyak pula,lagi pun ana curi-curi masa time kerja ni.huhu. oh ya,ana sekarang bekerja sebagai guru,mengajar agama dan al-quran.Seronok bila dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat.Insya Allah,untuk Ramadhan al-mubarak yang akan datang ini,ana akan bertugas di Surau Al-Amin,Bandar Tun Hussein Onn,cheras..bagi pembaca yang berkelapangan bolehlah ke sana ya.

Ana juga ingin mengucapkan tahniah kepada adik bongsu ana Siti Hajar yang baru sahaja selesai berkonvokesyen di Darul Quran JAKIM,Alhamdulillah,bertambah seorang lagi Hafiz Quran di dalam keluarga kami.Buat aja,ingatlah title hafiz/hafizah itu bukan sekadar gelaran,tanggungjawab kita sebagai penghafaz quran sangat besar untuk ummah ini.Teruskan usaha.Aja aja fighting!

Juga ucapan Tahniah kepada adik teruna ana yang sorang ni,Umar yang akan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di IAIN Ar-Raniry,Acheh.Tahniah!

Seterusnya,biarlah gambar-gambar ini yang berbicara.



Kami sekeluarga di Majlis konvo Aja

Tahniah aja,kay,dan adik :)


Bersama sahabat lama,Syafiq yang dah konvo dan yg blah kanan tu,rasa2nya mcm pnah masuk tv.huhu..mantap r nta Alim!

ada orang bagi bunga kat saya

aja bersama angah yang akan ke acheh pas raya ni.(berangan faizal tahir)


ngan aja

Tahniah Siti Hajar Al-Hafizah!

eh,mcm mn gambar ni blh kat bwh skali?:)
ni time sampai Klia

MAKLUMAN JAWATAN KOSONG : Pengasuh Taska

|




MAKLUMAN JAWATAN KOSONG

PENGASUH

DI TASKA SAYANG AULAD CENTRE

NO 1, JALAN WIRAWATI 7,

TAMAN MALURI,55100,

KAMPUNG PANDAN,KUALA LUMPUR

KRITERIA-KRITERIA

Muslimah yang menutup aurat

Sayangkan Kanak-kanak

Boleh membaca Al-Quran

Tidak tinggal solat


Gaji permulaan RM 500+TEMPAT TINGGAL+MAKANAN DISEDIAKAN


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

HAJJAH MARSITA ABDULLAH : 013-2021737

USTAZAH SITI HAJAR MOHAMAD NOOR : 013-2785998


“DIDIKLAH ANAK-ANAK KAMU KERANA MEREKA ADALAH GENERASI UNTUK ZAMAN YANG LAIN DARI ZAMAN KAMU”

Alhamdulillah

|





Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah,di kesempatan yang terbatas ini,Allah masih lagi memberi ruang dan kesempatan untuk ana menikmati nikmat iman dan islam yang mana kedua-dua nikmat ini adalah nikmat yang paling besar dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.ALHAMDULILLAH..

Juga rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk mengupdate ::DUNIAKU..MIMPIKU:: ini yang dah lama bersawang. J Untuk entri ana kali ini,ana Cuma nak kongsi dengan pembaca-pembaca sekalian tentang aktiviti-aktiviti yang ana lalui sepanjang sesi pengajian sem ini.

Alhamdulillah,ana sudah selesai menduduki exam final bagi tahun ini..subjek-subjek yg diambil boleh dikatakan agak mencabar dan kebanyakan doktor@pensyarah yang mengajar agak “Syadid”.tetapi,berkat doa keluarga,sokongan sahabat-sahabat,Alhamdulillah utk final ni ana meletakkan target yang tinggi utk semua subjek.Doakan ana ya sahabat-sahabat.

Ana juga ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Albayt (PRISMA ) yang baru sahaja berlangsung.berikut adalah senarai AMT PRISMA yang baru dilantik untuk sessi 2010/2011:-


CARTA ORGANISASI

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al Al-Bayt (PRISMA)

Sesi 2010/2011

PRESIDEN

MOHD FIKRI BIN MUHAMED KHUSAINY

TIMBALAN PRESIDEN 1

MUHAMMAD ARIF AZFAR BIN MD ASHAARI

TIMBALAN PRESIDEN 2

NURUL HUSNA BINTI MOHAMED@ISMAIL

SETIAUSAHA AGUNG

ABU BAKAR BIN MOHAMAD NOOR

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

SITI NUR AISYAH BINTI MOHD JUKI

BENDAHARI AGUNG

NOR AIMAN BIN NOOR SURIA

TIMBALAN BENDAHARI AGUNG

UMMI SAADAH BINTI MOHD ZIN

KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN

MOHD FIKRI BIN MOHAMAD

TIMB KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN

NUR SYAHIRAH BINTI MUHAMMAD

KETUA BIRO KEMAHIRAN INSAN

MUHAMMAD FAKHRI BIN ZAMRI

TIMB KETUA BIRO KEMAHIRAN INSAN

NUUR SHAHIDAH BINTI SHAARI


Tahniah dan Takziah kepada AMT PRISMA yang baru,semoga dapat menjalankan amanah dengan baik.bersama kita mengukuhkan ukhuwwah yang sedia terjalin antara kita,We Love PRISMA!!

Untuk akhirnya,ana ingin kongsi berita yang paling gembira,Insya Allah,jika tiada aral melintang,ana akan terbang pulang ke Tanah Air tercinta MALAYSIA pada 4hb 6 pukul 8stgh malam (waktu Jordan) dan akan tiba di KLIA pada keesokan harinya pada pukul 4stgh ptg (waktu Malaysia).Setelah dua tahun hidup di rantau orang,akhirnya Allah izinkan ana utk pulang..Alhamdulillah.Doakan perjalan ana moga selamat.

Bertemu lagi di entri seterusnya J

[p/s: rindu sambal petai masakan ummi!!]

Cintaku Untukmu Selamanya

|

ummi dan ayah ketika majlis pertunangan....
sepupuku :)


Abu Hurairah ra berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

(Hadis riwayat Bukhari)



Ummi...

Menyayangimu

Bagaikan hatiku tiada sempadan

Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta

Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan

Oh sungguh indahnya perasaan itu,

Mengasihimu ummiku,

Meluaskan kecilnya ruang hatiku

Menyegarkan lesunya jiwaku

Menegangkan uratku yang kian melemah

Dek keringnya dari siraman cintamu


Andaikata aku dapat bernyanyi

Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku

Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu

Walaupun cuma seketika..

Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat


Indahnya kasih itu

Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat

Dan penyuntik ilham

Serta penerang obor cahaya

Kepada berlikunya jalanku ini…



SELAMAT HARI IBU untuk Ummiku Hajjah Marsita Abdullah

Cinta & Perkahwinan...

|




Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


Kesimpulannya: usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

setahun berlalu

|




Setahun berlalu..alangkah bagusnya jika ingatan dapat dipadam dari hati dan fikiran..makin cuba dilupakan..makin menggamit kembali..Allah..bantulah hambamu ini..

Moga dikau bahagia di sana..

Akhirnya....

|




ALHAMDULILLAH..

Akhirnya dapat juga menjenguk ::DUNIAKU..MIMPIKU:: yg sudah agak lama bersawang.Keterbatasan waktu dan juga exam yang banyak membuatkan ana langsung tak sempat nak update.ni pun duk curi-curi masa lepas exam Usul iqtisod islami tadi. :)

Dan PENGUMUMAN!!! Hehe

Insya Allah ana akan pulang ke tanah air tercinta,Malaysia pada penghujung fasal ini.

Kalau tiada aral melintang,ana akan bertolak pada 4hb Jun ini.Yahuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Seronoknya tak terkata.Yelah,dah dua tahun beraya di perantauan ni..:( Insya Allah tahun ni dapat beraya dengan keluarga dan sanak saudara..waah..rindunya dengan masakan ummi :) huhu..

Ana akan berada di Malaysia selama 3bulan lbh Insya Allah.nak kata excited sgt,sampai hari-hari duk belek-belek tiket flight.EGYPT AIR menjadi pilihan kerana harganya yang murah dan yang penting ianya adalah open tiket selama setahun.

Ok,jadi sampai sini dulu kali ni.doakan ana untuk exam-exam yang masih berbaki ni ye.jumpa lagi di entri yang akan datang.

Barakallahu fikum..


[p/s: selamat pulang ke Syria buat sahabatku Khairy awang jaafar,pulang jua akhirnya walaupun bermacam-macam “halangan” terpaksa ditempuhi :),juga kpd shbt2 yang tak balik tahun ni,jgn bersedih ya,sambutla adik2 baru nanti..haha :)taun lps korg balik,kami yg kene buat keje.p ]

Maklumat Prosuder Ke JORDAN

|



MAKLUMAT DAN PROSUDER BERKENAAN PENYAMBUNGAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA (TIMUR TENGAH) - JORDAN


A - PENGISIAN BORANG:

Sebelum membuat sebarang permohonan, pemohon perlu mendapatkan dan mengisi / melengkapkan 2 (dua) jenis borang dengan lengkap iaitu:

i - PERMOHONAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (BORANG KPT / SSLN / 2006).

ii - BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI JORDAN (BORANG KPT / JORDAN / 2006).

  1. Seperti yang disebut di atas, sila dapatkan 2 (dua) set borang PERMOHONAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (BORANG KPT / SSLN / 2006).

  1. Seterusnya, dapatkan juga borang pendaftaran untuk universiti ke luar Negara:

a- sekirannya berhasrat meneruskan / menyambung pengajian ke JORDAN, dapatkan 2 (dua) set borang BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI JORDAN (BORANG KPT / JORDAN / 2006).

atau,

b- Sekiranya ingin menyambung pengajian ke MESIR, dapatkan 2 (dua) set borang BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PE PELAJAR KE UNIVERSITI DI MESIR (BORANG KPT / AZHAR / 2006).

  1. Kedua-dua borang tersebut boleh diperolehi di:

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR (UHEJPM),

Jabatan Pengurusan IPT,

Kementerian Pengajian Tinggi,

Aras 2, Blok E9, Parcel E, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62505 Putrajaya, MALAYSIA.

atau boleh juga dimuat turun daripada, di laman web: www.mohe.gov.my

B. BORANG PERMOHONAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (BORANG KPT/SSLN/2006)

  1. Butir-butir yang perlu dilengkapkan ialah:

    1. Muka hadapan borang, NAMA PEMOHON, KURSUS DIPOHON / PERINGKAT PENGAJIAN, UNIVERSITI / CAWANGAN YANG DIPOHON dan SESI AKADEMIK.
    2. Muka surat 1, iaitu SENARAI SEMAK DOKUMEN.
    3. Muka surat 2,3, dan 4 iaitu MAKLUMAT PELAJAR.
    4. Muka surat 5 iatu SURAT AKUAN PENAJA (BORANG KPT/SSLN/2006/B)

  1. Antara dokumen – dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon, (sila rujuk pada muka surat 1 borang):

    1. 2 salinan (fotostate) surat perakuan kewangan daripada pihak bank / salinan buku bank / penyata bank yang telah disahkan oleh pihak bank.
    2. 2 salinan Sijil Kelahiran dan 2 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan*.
    3. 2 salinan Kelayakkan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia yang telah disahkan*.
    4. 2 keping gambar warna berukuran passport pemohon

  1. PERINGATAN: kesemua salinan dokumen tersebut perlulah DISAHKAN terlebih dahulu sebelum dihantar semula bersama-sama borang permohonan.

  1. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap sebanyak 2 SET.

C. BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI JORDAN (BORANG KPT/JORDAN/2006)

  1. Butir-butir yang perlu dilengkapkan ialah:

    1. Muka hadapan borang NAMA PEMOHON, KURSUS DIPOHON / PERINGKAT PENGAJIAN, UNIVERSITI / CAWANGAN YANG DIPOHON dan SESI AKADEMIK.
    2. SENARAI SEMAK DOKUMEN
    3. Muka surat 1 iaitu MAKLUMAT PELAJAR
    4. Muka surat 2 dan 3 iaitu, MAKLUMAT IBU BAPA PENJAGA dan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK.
    5. Muka surat 4 iaitu, MAKLUMAT PENAJAAN dan MAKLUMAT KURSUS PENGAJIAN YANG DIPOHON.
    6. Muka surat 6 iaitu, PENGAKUAN TANGGUNGAN KOS RAWATAN DAN KESIHATAN.
    7. Muka surat 1 hingga 4 di ruang MEDICAL CERTIFICATION FORM / MEDICAL CHECK UP. Pemeriksaan kesihatan ini perlulah dibuat hanya di klinik atau hospital-hospital kerajaan sahaja. Keputusan pemeriksaan yang di buat di klinik atau hospital swasta tidak akan diterima.

  1. Dokumen – dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon, (sila rujuk pada muka surat 1 borang):

    1. 2 sijil terjemahan SPM (dalam BAHASA ARAB) yang asal dan 2 salinan (fotostate) yang telah disahkan*.
    2. 2 terjemahan sijil lahir (dalam BAHASA ARAB) yang asal dan 2 salinan (fotostate) yang telah disahkan*.
    3. 5 keping gambar berukuran passport.
    4. 3 salinan passport Malaysia yang telah disahkan*
    5. 2 salinan pengesahan laporan perubatan (MEDICAL CERTIFICATION FORM).

  1. PERINGATAN: kesemua salinan dokumen tersebut perlulah DISAHKAN terlebih dahulu sebelum dihantar semula bersama-sama borang permohonan.

  1. Borang ini hendaklah diisi sebanyak 2 SET.

  1. Terjemahan sijil SPM (dalam BAHASA ARAB) dan terjemahan sijil lahir (dalam BAHASA ARAB) bolehlah dibuat di:

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD

Malaysia National Institut of translation,

Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E,

Seksyen 10, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

atau boleh menghubungi terus ditalian,

Tel: 03-4149 7210 / Fax: 03-4143 2946

  1. Kemudian, terjemahan sijil SPM (asal) dan Terjemahan Sijil Lahir (asal) perlu disahkan oleh BAHAGIAN KONSULAR, KEMENTERIAN LUAR NEGERI di alamat berikut:

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN LUAR NEGERI,

BAHAGIAN KONSULAR,

Wisma Putra,

No. 1, Jalan Wisma Putra,

Presint 2, 62602 Putrajaya

Tel : 03-8887 4159

*Pengesahan Dokumen:

Dokumen-dokumen sokongan tersebut perlu disahkan oleh PEGAWAI KANAN KERAJAAN (KUMPULAN A) / AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI / PESURUHJAYA SUMPAH / PENGETUA / GURU BESAR / KETUA KAMPUNG / PENGGAWA / PENGHULU sebelum penghantaran kedua-dua borang tersebut..

D. SYARAT KELAYAKAN:

  1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di JORDAN di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakkan minimum yang telah ditetapkan oleh KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI seperti berikut:

    1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 5 (lima) kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM.
    2. Bagi permohonan program perubatan dan pergigian, pemohon mestilah memperolehi 5 (lima) kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran sains dan matematik di peringkat SPM.
    3. Bagi pemohon pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperolehi pangkat kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut;

i. Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi

j. Pendidikan Quran dan Sunnah

k. Pendidikan Syariah Islamiah

E. PENGHANTARAN BORANG:

Borang-borang (BORANG KPT/JORDAN/2006) dan (BORANG KPT/SSLN/2006) serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukan (dipos atau menghantar sendiri) ke alamat berikut:

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR (UHEJPM),

Jabatan Pengurusan IPT,

Kementerian Pengajian Tinggi,

Aras 2, Blok E9, Parcel E, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62505 Putrajaya, MALAYSIA.

  1. Tawaran kemasukkan ke universiti kebiasaannya dijangka akan diumumkan pada minggu keempat bulan September setiap tahun atau lebih awal lagi (sila follow-up kepada pihak KPT untuk mengetahui keputusan tawaran kemasukkan.

  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada UNIT HAL EHWAL JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan pengurusan IPT di talian 03-8883 5892.

Sila Hubungi,

ABU BAKAR BIN MOHAMAD NOOR

Ketua Unit Kebajikan Dan Penempatan

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universti Al-Albayt(PRISMA)

Tel : Jordan +962779990426

Email : abduhu_rahman87@yahoo.com