Catatan di Tanah Air 2010



Assalamualaikum Wbth.

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia dan Inayah dariNya,kita semua masih lagi dapat menikmati nikmat hidup di dunia ini serta dapat menghirup udara Allah tanpa perlu sedikit pun kita membayarnya.Alhamdulillah..

Pertamanya ana ingin memohon maaf kepada semua pembaca kerana sudah lama tidak menulis.Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja atau seronok sangat dapat pulang ke Tanah air..Barangkali..:)

Hampir dua bulan bercuti di Tanah Air sehingga ke hari ini member erti yang sangat bermakna bagi ana.Saat tiba di KLIA,terpandang wajah redup Ummi dan Ayah..ah..rasa nak mengalir sahaja air mata..tapi,cover la..ada akhawat..huhu..

Banyak perkara yang ana nak kongsi dengan pembaca semua sepanjang ana berada di Malaysia.Tapi rasa macam terlalu banyak pula,lagi pun ana curi-curi masa time kerja ni.huhu. oh ya,ana sekarang bekerja sebagai guru,mengajar agama dan al-quran.Seronok bila dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat.Insya Allah,untuk Ramadhan al-mubarak yang akan datang ini,ana akan bertugas di Surau Al-Amin,Bandar Tun Hussein Onn,cheras..bagi pembaca yang berkelapangan bolehlah ke sana ya.

Ana juga ingin mengucapkan tahniah kepada adik bongsu ana Siti Hajar yang baru sahaja selesai berkonvokesyen di Darul Quran JAKIM,Alhamdulillah,bertambah seorang lagi Hafiz Quran di dalam keluarga kami.Buat aja,ingatlah title hafiz/hafizah itu bukan sekadar gelaran,tanggungjawab kita sebagai penghafaz quran sangat besar untuk ummah ini.Teruskan usaha.Aja aja fighting!

Juga ucapan Tahniah kepada adik teruna ana yang sorang ni,Umar yang akan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di IAIN Ar-Raniry,Acheh.Tahniah!

Seterusnya,biarlah gambar-gambar ini yang berbicara.



Kami sekeluarga di Majlis konvo Aja

Tahniah aja,kay,dan adik :)


Bersama sahabat lama,Syafiq yang dah konvo dan yg blah kanan tu,rasa2nya mcm pnah masuk tv.huhu..mantap r nta Alim!

ada orang bagi bunga kat saya

aja bersama angah yang akan ke acheh pas raya ni.(berangan faizal tahir)


ngan aja

Tahniah Siti Hajar Al-Hafizah!

eh,mcm mn gambar ni blh kat bwh skali?:)
ni time sampai Klia