IT'S EASY AND WONDERFUL BEING HAFIZ/HAFIZAH AL-QURAN (3)

|




Salam wbth.

Alhamdulillah,bertemu lagi kita di ruangan maya ini atas izin Allah swt.Syukur juga kepadaNya kerana ana baru sahaja selesai Final Exam untuk Fasal awwal..Yahuu!!! haha


Insya Allah,cuti ni ana akan ke dataran Syam,Syria.tak jauh pun..sekitar 3 jam sahaja dari sempadan JORDAN-SYRIA.Doakan perjalanan kami selamat dan bermanfaat Insya Allah.

Untuk entri kali ni,ana akan kongsi tentang “RAHSIA MENGHAFAZ SEBELUM TIDUR”

Mengikut kajian sains, otak manusia akan mengulangtayang apa yang dilihat atau dihafal sebelum matanya terlelap.

Anda pernah menghafaz sebelum tidur? Ia sebenarnya satu cara yang positif untuk anda mengingati hafalan anda. Apa yang saya maksudkan bukanlah menghafaz dalam keadaan mengantuk dan tidak fokus, kemudiannya terlelap di atas rehal. Bukan itu! Bagi saya, menghafaz dalam keadaan terlalu mengantuk tidak akan mencapai impak maksima.

Bergantung pada jadual harian anda. Contohnya, selepas isyak anda mencari modal ( tasmi' ) untuk keesokan hari, atau sebagai spare, ataupun waktu selepas isyak adalah waktu anda i'adah ( muraja'ah ). Kemudian anda berhenti rehat. Minum. Mendengar nasyid , ziarah bilik kawan dan sebagainya. Kemudian anda membuat persiapan untuk tidur ( pergi ke tandas dan sebagainya ).

Apabila anda berada di tempat tidur, cuba amalkan membaca atau mengulang hafazan anda. Samada hafalan baru, atau tasmi' untuk keesokan hari, ataupun sabqi, terpulang. Cuba baca sambil tengok mushaf. Kemudian baca sambil tutup mushaf. Kemudian ulang semula. Ulang lagi.



Ketika itu anda akan dapati hafalan anda , terutamanya tasmi' masih gagal melekat pada memori anda sepenuhnya. Masih berterabur dan belum membentuk puzzle yang complete. Tidak mengapa. Biarkan sahaja, tutup mushaf, baca doa tidur kemudian tidur.

Lihat keberkesanannya pada esok hari. Anda akan dapati hafalan anda ( semalam ) akan lebih mudah diingati dan dapat dibentuk menjadi puzzle yang sempurna di dalam memori anda.

Selamat mencuba!

Loneliness

|




“When you feel all alone in this world and there’s nobody to count our tears just remember no matter where you are..Allah knows..Allah knows”


Sungguh tenang rasanya bila mendengar nasyid nyanyian zain bikha ini,selepas subuh tadi sampai sekarang duk ulang-ulang je.Lirik dan maksud lagu ni yang sangat mendalam mampu menenangkan jiwa kita Insya Allah.


Sunyi?? Ya,mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.
Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik

baginya.”


p/s:Exam nihaie ana untuk fasal ni dah nak bermula,sahabat-sahabat doakan ana ye