Isu Kristianisasi : Antara Perlembagaan Persekutuan, JAIS, Hasan Ali, Khalid Samad Dan PAS.

|

Isu Kristianisasi atau cubaan memurtadkan umat Islam bukanlah satu isu baru. Semalam, beberapa akhbar melaporkan tentang kegiatan kristianisasi di daerah Petaling Jaya. Petaling Jaya sememangnya diketahui antara tempat gejala berkenaan berleluasa. SJ pernah diberitahu terdapat gereja di daerah itu yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch). Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis. Maka tidaklah menghairankan bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak atas amanah untuk menjaga akidah umat Islam khususnya di negeri Selangor.

Malaysiakini pada hari ini telah mengeluarkan satu artikel berbentuk provokasi bertajuk “When Will The Christian Bashing End?” (http://www.malaysiakini.com/news/172215)

Ingin saya tegaskan, tindakan JAIS tersebut bukanlah menidakkan kebebasan beragama di negara kita sebagaimana kandungan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan :

Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

Tetapi JAIS bertindak sebagaimana jelas di dalam Artikel 11(1) di atas yang menyebutkan ‘tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya’. Apakah kandungan Fasal (4) berkenaan? Untuk pengetahuan pembaca, yang dimaksudkan dengan Fasal (4) tersebut ialah Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan :

Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Di sini, kita dapati bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan peruntukkan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita juga mendapati, sekalipun hukum hudud belumterlaksana di negara ini, namun peruntukkan Perlembagaan telah menetapkan ruang perundangan untuk pihak berkuasa hal ehwal agama Islam mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keutuhan akidah ummah. SJ melihat peruntukkan Artikel 11(4) ini mempunyai hikmah yang significant dengan pelaksanaan dakwah islamiyyah, serta hukuman qisas dan takzir di mana ulama berpendapat seseorang yang terlibat dengan gejala murtad tidak terus dijatuhi hukuman hudud tetapi hendaklah didakwahkan dan diperbetulkan akidahnya agar kembali kepada agama Islam yang suci. Maka yakinilah bahawa Datuk Hasan Ali dan JAIS telah melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan ajaran Islam.

Anehnya, ada sebilangan umat Islam sendiri yang mengherdik dan menghentam tindakan JAIS, malah lebih parah lagi turut mengutuk Datuk Hasan Ali dengan pelbagai lemparan fitnah serta tomahan.

Antaranya ialah Dato’ Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam yang sebelum ini pernah menyokong tuntutan gereja Kristian menggunakan kalimah ALLAH dan mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pengedaran kitab Bible berbahasa Melayu di negara ini. Laporan Malaysia Insider bertarikh 5 Ogos 2011 (sila rujuk di sini dan di sini ) melaporkan Khalid sebagai berkata kenyataan Datuk Hasan Ali hanya pandangan peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

Dari kenyataan rasmi Datuk Hasan Ali, dan kata-kata Dato’ Khalid Samad itu, kita dapat menilai bahawa Datuk Hasan Ali berpendirian menyelamatkan akidah ummah manakala Dato’ Khalid Samad yang lebih membawa pendirian PAS bermaksud PAS berpendirian untuk mempertahankan gejala kristianisasi di Malaysia khususnya di negeri Selangor.

Sebenarnya saudara, perbandingan yang dibuat oleh Dato’ Khalid Samad yang menyebut hadis Rasulullah s.a.w semasa peperangan agar tidak menyerbu tempat ibadah berada di luar konteks. Jika diteliti kembali, Rasulullah s.a.w berpesan agar tidak merosakkan tempat ibadah bukan Islam dan tidak bertindak ke atas golongan bukan Islam yang berada dalam rumah ibadah mereka.

Ternyata bahawa tindakan JAIS memasuki serta membuat pemeriksaan di Dream Center tempoh hari setelah berbincang dengan pihak penganjur yang mana dikatakan pihak penganjur tersebut adalah orang Islam juga (klik di sini )! Tahukah anda, pihak penganjur dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kerap berdalih, sekejap mengatakan bahawa itu adalah gereja dan kemudiannya mengatakan ia hanya satu pusat komuniti sahaja. Tambahan pula, setelah semakan dibuat dengan MPPJ, didapati TIADA GEREJA di seksyen itu!! Ini bermaksud DUMC boleh dikatakan sebagai ‘gereja hantu’.

Maka terbuktilah JAIS tidak merosakkan gereja dan tidak mengapa-apakan orang bukan Islam, tetapi sebaliknya bertindak ke atas orang Islam yang berada di dalam premis berkenaan. Ini membuktikan JAIS tidak menyalahi hadis Rasulullah s.a.w dan terbukti juga bahawa Khalid Samad telah memperguna, mempermain, dan memperkotak-katikkan hadis Nabi Muhammad s.a.w untuk tujuan bersekongkol bersama pihak gereja!

Kisah Perdana Menteri Malaysia bertemu Pope Benedict di Vatican City seperti yang dinyatakan Khalid juga berada di luar konteks kerana Perdana Menteri bertemu Pope Benedict dalam usaha membincangkan isu keamanan sejagat dan bukannya menghadiri suatu majlis yang bertujuan memesongkan akidah ummat seperti mana yang dihadiri oleh orang Islam di Dream Center terbabit.

Perlakuan memperolok ayat al-Quran dan hadissecara literal dan di luar konteks sememangnya menjadi mainan golongan liberal dalam rangkamemesongkan umat IslamProf. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin juga nampaknya lebih pro kepada misi kritianisasi dan menyalahkan pihak berkuasa(sila baca di sini). Dr.MAZA seringkali menghentam orang dengan cara menangguk di air keruh. Apa yang dinyatakan oleh MAZA juga berada di luar konteks, kerana JAIS dan Datuk Hasan Ali bercakap tentang masalah pemurtadan, tetapi beliau bercakap tentang halal haram bantuan dan pengagihan zakat.

Lupakah kita bahawa pengagihan zakat perlu melihat kepada asnaf dan perkara ini mesti diteliti serta dilakukan secara terperinci, bukan ‘semua minta semua dapat’.

Apakah selama beliau menjadi mufti Perlis dahulu telah menjadikan umat Islam Perlis makmur dengan agihan zakat sehingga tiada rakyat miskin sepertimana ketika zaman Umar ibnu Aziz? Mungkinkah MAZA bersuara atas faktor dendam terhadap penangkapan beliau oleh JAIS di Ampang dahulu? Dan mengapa MAZA tidak pula mahu menilai sama ada perlakuan orang Islam menganjurkan program di ‘gereja’ dan makan malam bersama dalam majlis pemesongan akidah sebagai suatu sunnah ataupun bidaah?(sebagaimana yang sering beliau lakukan ke atas pelbagai perkara).

Adapun kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada, juga menjauhi individu-individu sedemikian. Sebagai umat Islam, marilah kita merapatkan saf dan memberi sepenuh sokongan kepada JAIS dan Datuk Hasan Ali yang tetap teguh menyelamatkan akidah umat biarpun dihina oleh ‘kawan’ sendiri.

Salah satu kaedah Islam ialah mencegah kemungkaran dengan ‘tangan’, sebagaimana terdapat di dalam hadis soheh, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abu Said al-Khudri r.a, berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman.” – [Diriwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Datuk Hasan Ali dan JAIS telah bertindak selaras dengan hadis di atas. Wallahualam.

Nikah di Masjid menyeleweng dari Amalan Rasulullah?

|




Suatu ketika kita digemparkan dengan kenyataan seorang Ahli Majlis Fatwa Perlis berkenaan isu Akad Nikah di dalam masjid menyeleweng dari Amalan Rasulullah Saw.Saya sedikit pun tidak terkejut dengan kenyataan beliau kerana sudah sedia maklum akan tindakan dan metod-metod 'kumpulan' ini dalam menyampaikan fahaman mereka.

Berbalik Isu Akad Nikah dalam masjid sewajarnya tak perlu diungkitkan kembali memandangkan ia masalah picisan dan telah lama diselesaikan beribu-ribu ulamak muktabar sebelum kita. Mari kita tinjau pandangan mereka dalam masalah ini satu persatu. Sekurangnya terdapat dua pandangan utama dalam membicarakan Isu Akad Nikah di Masjid. Iaitu pandangan Jumhur Ulamak (majoriti) dan pandangan peribadi Imam al-Syaukani

Pandangan Jumhur Ulamak :

Menurut Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, Jumhur Ulama mengatakan, SUNAT melakukan akad nikah di masjid (jilid 39, ms.221). Mereka terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Syafie dan Hanafi (jilid 32, ms.6) serta Mazhab Hambali (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi' al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231)

Manakala Mazhab Maliki mengatakannya HARUS sahaja, bukannya sunat (Mausu'ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jilid 32. ms.6). Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah mencatatkan :

Terjemahan : "Berkata ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafie, disunatkan [dilakukan] akad nikah dalam masjid berdasarkan hadis "umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang". Berkata ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus".

Ulama-ulama lain yang turut mengatakan SUNAT melakukan akad nikah dalam masjid ialah Imam Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim dalam I'lam al-Muwaqqi'in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi' al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231).

Kesimpulannya, para ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi' al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.259)

Hujjah Jumhur Ulamak :

Pertama : Hadis Tabarani adalah hadis yang hasan. (al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, jilid 1, ms.36, al-'Ajluni dalam Kasyful Khafa', jilid 1, ms.145 dan lain-lain.)

Kedua : Akad nikah dilakukan di masjid bagi mengambil keberkatan masjid sebagai rumah Allah SWT dan aktiviti ibadah. (al-Baqarah 114)

Ketiga : Masjid adalah tempat yang diketahui ramai. Justeru, melakukan akad nikah dalam masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Menyebarkan berita perkahwinan pula adalah satu tuntutan syarak.

Keempat : Nikah adalah ibadat untuk tujuan iman dan taqwa. Oleh itu sunat untuk dilakukan akad dalam masjid.

Kelima : Melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan fungsi masji adalah sebahagian pengimarahan masjid (al-Taubah 18)

Keenam : Memudahkan tugas Imam untuk menjalankan urusan perkahwinan yang berbilang.

Ketujuh : Mengingatkan pasangan dan rombongan perkahwinan bahawa mereka membina ikatan perkahwinan secara mulia.(hadis sahih riwayat Ibn Khuzaimah, Kitab Solat, Bab Syahadah Bil Iman no : 1502)

Kelapan ; Mendapat pahala sampingan seperti melakukan sunat Tahiyyatul masjid, iktikaf , zikir, wirid, doa, membaca al-Qur'an dan lain-lain.

Kesembilan : Isu akad Nikah di masjid diamalkan secara mutawattir dalam dunia Islam. Tiada seorang ulamak pun bangkit membantah dan menganggap ia sebagai amalan bid'ah yang bercanggah dengan amalan Rasulillah SAW kecuali AJK Fatwa Perlis.

Pandangan Imam Syaukani

Imam Syaukani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.Alasannya kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat. Aktiviti selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.Dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) : "Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)".

Imam Syaukani tidak menerima hadis Tabarani yang menjadi dalil jumhur ulama, kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, ms.211).

Kesimpulan :

1. Mazhab Jumhur Ulamak (iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'ie, Hambali dan lain-lain bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.

2. Pandangan peribadi Imam al-Syaukani merupakan pandangan terpencil yang syadz kerana menyalahi jumhur ulamak. Ia bukanlah pandangan muktamad dalam penyelesaian isu ini. Oleh itu, menggunakan pandangan ini untuk menyalahkan pandangan Jumhur dikira sebagai menyanggah arus fatwa sedia ada, meragukan masyarakat dan dikira satu kesalahan.

3. Amalan melakukan akad nikah dalam masjid mempunyai sandaran dalil yang kukuh. Ia bukan bersandarkan kepada logic akal atau seputar isu pentadbiran hal ehwal masjid semata-mata.

4. Bagaimanapun, Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid'ah.(Rujuk :http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420) adalah satu amalan dalam negara mereka. Pandangan ini bukan bersifat mutlak tetapi ada qaidnya yang tersendiri. Iaitu berbeza antara akad nikah secara konsisten ataupun tidak. Pandangan ini tidak bersesuaian untuk dipraktikkan di Malaysia memandangkan ia menjustifikasikan kesan negative (bid'ah sesat) terhadap berjuta-juta umat Islam yang telah melakukan akad nikah di Masjid dalam perkahwinan mereka sebelum ini. Apakah umat Islam boleh sesat dan bid'ah bila mengikut pandangan jumhur ulamak? Atau mereka dituduh sesat hanya berkhilaf dalam perkara furuk? Fikirkanlah.

3. Individu yang menegah akad nikah dalam masjid sebenarnya lebih mirip kepada pandangan Imam al-Syaukani. Tetapi Imam Syaukani sendiri tidak membid'ahkan pandangan Jumhur Ulamak. Apatah lagi menyalahkan mereka dan menuduh mereka melakukan amalan yang bertentangan dengan Rasulillah SAW. Jika ia diprakktik di perlis, maknanya umat Islam Perlis sebahagian besarnya dianggap telah melakukan perbuatan bid'ah kerana telah melakukan akad di masjid sebelum ini. Kemungkinan jua termasuk Datuk Ahmad Jusoh sendiri jika ayah dan ibunya melakukan amalan yang sama. Maka sewajarnya fatwa songsang ini tidak dipraktikkan.

4. Fatwa atau pandangan sembrono dari Perlis membuktikan aliran pemikiran mereka bukan berteraskan kepada fahaman Salafus Soleh atau Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut disiplin mazhab. Sebaliknya mereka mempunyai kecenderungan yang kuat kepada aliran Salafi Wahhabiy. Pandangan Dr Mohd Asri, Dr Juanda Jaya, Dr Azwira Abdul Aziz dan Datuk Ahmad Jusoh jika dianalisa dengan teliti dilihat mempunyai banyak persamaannya. Kami mempunyai bukti eksklusif untuk penghujahan.

5.Mengqiaskan amalan akad nikah dalam masjid menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja adalah satu contoh kiasan yang salah (Qiyas Maal Fariq). Ini kerana tidak wujud persamaan illat antara kedua majlis aqad Nikah di atas. Alasan yang jelas ialah akidah dan syariat kita berbeza antara satu sama lain (Islam, Kristian dan Yahudi). Jika ada persamaan pun ia hanya kebetulan sahaja. Contohnya, jika semua penganut agama berpuasa. Apakah dengan berpuasa kita dilihat mempunyai persamaan pegangan dan amalan? Bukankah al-Qur'an membezakan akidah dan syariat kita dgn mereka pada surah al-Kafiruun ayat 6. Jika anda memahami kaedah penggunaan kias ini anda sesekali tidak menganggap isu akad nikah ini mempunyai persamaan. Ia tidak dilakukan oleh orang yang berakal. Maka Mengertilah.

Iktibar Dari Tsunami Jepun

|



11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.

Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.

Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.

Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.

Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.

Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.

Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?

Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?

Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

|



Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita melakukan solat hajat serta berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya.