Maklumat Prosuder Ke JORDAN

|



MAKLUMAT DAN PROSUDER BERKENAAN PENYAMBUNGAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA (TIMUR TENGAH) - JORDAN


A - PENGISIAN BORANG:

Sebelum membuat sebarang permohonan, pemohon perlu mendapatkan dan mengisi / melengkapkan 2 (dua) jenis borang dengan lengkap iaitu:

i - PERMOHONAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (BORANG KPT / SSLN / 2006).

ii - BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI JORDAN (BORANG KPT / JORDAN / 2006).

  1. Seperti yang disebut di atas, sila dapatkan 2 (dua) set borang PERMOHONAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (BORANG KPT / SSLN / 2006).

  1. Seterusnya, dapatkan juga borang pendaftaran untuk universiti ke luar Negara:

a- sekirannya berhasrat meneruskan / menyambung pengajian ke JORDAN, dapatkan 2 (dua) set borang BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI JORDAN (BORANG KPT / JORDAN / 2006).

atau,

b- Sekiranya ingin menyambung pengajian ke MESIR, dapatkan 2 (dua) set borang BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PE PELAJAR KE UNIVERSITI DI MESIR (BORANG KPT / AZHAR / 2006).

  1. Kedua-dua borang tersebut boleh diperolehi di:

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR (UHEJPM),

Jabatan Pengurusan IPT,

Kementerian Pengajian Tinggi,

Aras 2, Blok E9, Parcel E, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62505 Putrajaya, MALAYSIA.

atau boleh juga dimuat turun daripada, di laman web: www.mohe.gov.my

B. BORANG PERMOHONAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (BORANG KPT/SSLN/2006)

  1. Butir-butir yang perlu dilengkapkan ialah:

    1. Muka hadapan borang, NAMA PEMOHON, KURSUS DIPOHON / PERINGKAT PENGAJIAN, UNIVERSITI / CAWANGAN YANG DIPOHON dan SESI AKADEMIK.
    2. Muka surat 1, iaitu SENARAI SEMAK DOKUMEN.
    3. Muka surat 2,3, dan 4 iaitu MAKLUMAT PELAJAR.
    4. Muka surat 5 iatu SURAT AKUAN PENAJA (BORANG KPT/SSLN/2006/B)

  1. Antara dokumen – dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon, (sila rujuk pada muka surat 1 borang):

    1. 2 salinan (fotostate) surat perakuan kewangan daripada pihak bank / salinan buku bank / penyata bank yang telah disahkan oleh pihak bank.
    2. 2 salinan Sijil Kelahiran dan 2 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan*.
    3. 2 salinan Kelayakkan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia yang telah disahkan*.
    4. 2 keping gambar warna berukuran passport pemohon

  1. PERINGATAN: kesemua salinan dokumen tersebut perlulah DISAHKAN terlebih dahulu sebelum dihantar semula bersama-sama borang permohonan.

  1. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap sebanyak 2 SET.

C. BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR KE UNIVERSITI DI JORDAN (BORANG KPT/JORDAN/2006)

  1. Butir-butir yang perlu dilengkapkan ialah:

    1. Muka hadapan borang NAMA PEMOHON, KURSUS DIPOHON / PERINGKAT PENGAJIAN, UNIVERSITI / CAWANGAN YANG DIPOHON dan SESI AKADEMIK.
    2. SENARAI SEMAK DOKUMEN
    3. Muka surat 1 iaitu MAKLUMAT PELAJAR
    4. Muka surat 2 dan 3 iaitu, MAKLUMAT IBU BAPA PENJAGA dan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK.
    5. Muka surat 4 iaitu, MAKLUMAT PENAJAAN dan MAKLUMAT KURSUS PENGAJIAN YANG DIPOHON.
    6. Muka surat 6 iaitu, PENGAKUAN TANGGUNGAN KOS RAWATAN DAN KESIHATAN.
    7. Muka surat 1 hingga 4 di ruang MEDICAL CERTIFICATION FORM / MEDICAL CHECK UP. Pemeriksaan kesihatan ini perlulah dibuat hanya di klinik atau hospital-hospital kerajaan sahaja. Keputusan pemeriksaan yang di buat di klinik atau hospital swasta tidak akan diterima.

  1. Dokumen – dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon, (sila rujuk pada muka surat 1 borang):

    1. 2 sijil terjemahan SPM (dalam BAHASA ARAB) yang asal dan 2 salinan (fotostate) yang telah disahkan*.
    2. 2 terjemahan sijil lahir (dalam BAHASA ARAB) yang asal dan 2 salinan (fotostate) yang telah disahkan*.
    3. 5 keping gambar berukuran passport.
    4. 3 salinan passport Malaysia yang telah disahkan*
    5. 2 salinan pengesahan laporan perubatan (MEDICAL CERTIFICATION FORM).

  1. PERINGATAN: kesemua salinan dokumen tersebut perlulah DISAHKAN terlebih dahulu sebelum dihantar semula bersama-sama borang permohonan.

  1. Borang ini hendaklah diisi sebanyak 2 SET.

  1. Terjemahan sijil SPM (dalam BAHASA ARAB) dan terjemahan sijil lahir (dalam BAHASA ARAB) bolehlah dibuat di:

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD

Malaysia National Institut of translation,

Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E,

Seksyen 10, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

atau boleh menghubungi terus ditalian,

Tel: 03-4149 7210 / Fax: 03-4143 2946

  1. Kemudian, terjemahan sijil SPM (asal) dan Terjemahan Sijil Lahir (asal) perlu disahkan oleh BAHAGIAN KONSULAR, KEMENTERIAN LUAR NEGERI di alamat berikut:

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN LUAR NEGERI,

BAHAGIAN KONSULAR,

Wisma Putra,

No. 1, Jalan Wisma Putra,

Presint 2, 62602 Putrajaya

Tel : 03-8887 4159

*Pengesahan Dokumen:

Dokumen-dokumen sokongan tersebut perlu disahkan oleh PEGAWAI KANAN KERAJAAN (KUMPULAN A) / AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI / PESURUHJAYA SUMPAH / PENGETUA / GURU BESAR / KETUA KAMPUNG / PENGGAWA / PENGHULU sebelum penghantaran kedua-dua borang tersebut..

D. SYARAT KELAYAKAN:

  1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di JORDAN di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakkan minimum yang telah ditetapkan oleh KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI seperti berikut:

    1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 5 (lima) kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM.
    2. Bagi permohonan program perubatan dan pergigian, pemohon mestilah memperolehi 5 (lima) kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran sains dan matematik di peringkat SPM.
    3. Bagi pemohon pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperolehi pangkat kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut;

i. Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi

j. Pendidikan Quran dan Sunnah

k. Pendidikan Syariah Islamiah

E. PENGHANTARAN BORANG:

Borang-borang (BORANG KPT/JORDAN/2006) dan (BORANG KPT/SSLN/2006) serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukan (dipos atau menghantar sendiri) ke alamat berikut:

BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR (UHEJPM),

Jabatan Pengurusan IPT,

Kementerian Pengajian Tinggi,

Aras 2, Blok E9, Parcel E, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62505 Putrajaya, MALAYSIA.

  1. Tawaran kemasukkan ke universiti kebiasaannya dijangka akan diumumkan pada minggu keempat bulan September setiap tahun atau lebih awal lagi (sila follow-up kepada pihak KPT untuk mengetahui keputusan tawaran kemasukkan.

  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada UNIT HAL EHWAL JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan pengurusan IPT di talian 03-8883 5892.

Sila Hubungi,

ABU BAKAR BIN MOHAMAD NOOR

Ketua Unit Kebajikan Dan Penempatan

Persatuan Mahasiswa Malaysia Universti Al-Albayt(PRISMA)

Tel : Jordan +962779990426

Email : abduhu_rahman87@yahoo.com

inilah dasar perempuan tak GUNA!

|

gambar hiasan


"Assalamu'alaikum wbt kepada semua sahabat yang dikasihi Allah swt.

Mari kita renungkan artikel khas, khusus untuk para muslimah..

"Muslimah memang tak guna..???"
Buat sahabat muslimah terutamanya.....
Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A


"Hendaklah mereka (wanita) menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya (auratnya) kecuali kepada
mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)

peringatan ni untuk smua muslimah :)

kepada muslimin pula, antum boleh nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara perempuan, teman n sesiapa saja muslimah disekeliling antum

wallahu'alam

Nilai Tudung Seorang Akhawat

|



Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


p/s: aku sgt geram ngn org jordan yg pakai tudung,pakai niqob,tapi pakai baju ketat! mudah2an mereka sedar (tak emosi)