EXAM OH EXAM....

|





"Abu,ko tau x bila exam??!"



Exam?bila saja terdengar perkataan exam ni...semua org akan kecut perut..tak kirala yg mumtaz muaddalnya ataupn yg bese2 je cam ana nih..tp ada gak yang buat2 rilek cam xde apa yg akan berlaku contohnya boleh plak dia selamba update blog..(hehe)


Semalam,ana baru je selesai Imtihan Mustawa untuk subjek B.Arab,B.Inggeris,dan Komputer..pelik jugak sebab tak ramai batch ana yg amik exam yg kalu kita lulus ni boleh terus lompat subjek (btul ke ayat nie??).Maknanya bila lulus,kita xpayah amik subjek b.arab1,b.inggeris1 dan komputer1...


Yang paling bestnya,peperiksaan ni msti dijawab dgn komputer..alah,cam pekse amik lesen L tu..dan resultnya boleh diketahui selepas selesai sahaja anda menjawab ketiga2 subjek tersebut.


Dan ALHAMDULILLAH ana berjaya menjawab ketiga-tiga subjek tersebut dengan jayanya..Natijahnya baru ana dpt tahu pagi tadi..tapi..Rahsialah...huhu..


Selepas ni ad lagi 5 subjek yg akan diuji tahap kefahaman dan pengetahuan ana.USUL FIQH,FIQH IBADAT,TAFSIR,ULUM QURAN WAS SUNNAH,dan TILAWAH WAT TAJWID


Banyaknya...aduh..masalah la...



"Ko Takpela abu,ko dah power"




celah mana..hahah..ada gak sahabat2 yg cakap camni..tp ana terima sebagai satu cabaran.Bagi ana kita belajar bukan untuk exam semata-mata..yang penting kefahaman dan kesediaan untuk beramal dengan ilmu itu yang penting.. Ramai yang mantap dalam pelajaran,lebih-lebih lagi dalam bidang agama ni..tapi berapa ramai yang berakhlak dengan akhlak yang kita pelajari dari ilmu2 tersebut???janganlah ilmu agama yang kita pelajari itu menjadi satu fitnah kepada kita pula di kemudian hari..Nauzubillah.


Sebentar tadi ana terbaca post dari blog sahabat ana Abee Nie merangkap rakan sedarjah dan Ahli Bayt Di jordan ni




Post yang juga menceritakan pasal Exam..ana tertarik bila beliau memilih untuk membincangkan tentang Study Awal Dan Study Last Minute.

Terus terang ana cakap..ana ni boleh dikatakan termasuk di dalam golongan yang suka study last minit(bukan malas).Mungkin masing-masing ada pendapat dan tanggapan yang tersendiri,tapi ana selesa dengan cara ini sejak dulu sehinggalah setakat ini.Bagi ana study awal atau lewat tu tak penting,yang penting ialah Perhatian di dalam kelas.Memberi perhatian sepenuhnya ketika pensyarah mengajar adalah faktor yang sangat penting untuk kita memahami dan menghadamkan tajuk-tajuk yang diajar..Dan kadang-kadang soalan spot juga terkeluar dari mulut pensyarah kalu kita betul-betul memberi perhatian.


Jadi,konklusinya(cam jwb karangan BM SPM),kita mesti memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar pensyarah di dalam kelas..Janganla tido plak walaupn DR yang ajar tu cakap slow..kan kwn-kwn??


Hmm..banyak lak tulis..dahla nk exam esok.huhu..Malam ni ana azam nk khatam 3bab yang masuk pekse esok. Hiaaargh!!!!#@!$%*&111


Jadi ana nk mintak kepada semua kwn-kwn..Doakan agar kita sama-sama dapt menjawab Exam dengan tenang dan yakin..Semoga kita semua berjaya dengan natijah yang MUMTAZ JIDDAN JIDDAN!!


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini...


اللهم نجحنا في الامتحان في الدنيا والاخرة

امين

0 comments:

Post a Comment