Niqob@Purdah
Salam Semua,
Alhamdulillah,akhirnya dpt juga ana mengupdate blog ini setelah sekian lama bersawang.Aasif jiddan kepada sahabat2 pembaca.Keterbatasan waktu untuk menguruskan sahabat-sahabat baru yang baru tiba ke jordan membuatkan ana tak sempat langsung nak jenguk Duniaku Mimpiku ini..:) Tak terlambat lagi ana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh warga PRISMA dan AHLAN WASAHLAN kpd sahabat-sahabat baru.Moga sentisa diberi kemudahan oleh ALLH SWT utk menimba ilmu di bumi Mafraq ini.
Untuk entri kali ini,umum sudah ketahui Fatwa yg baru dikeluarkan oleh Sheikh Al-Azhar,Dr Sheikh Tantawi berkenaan isu pemakaian Niqob,di jordan sendiri pun,ramai akhawat-akhawat kita yg memakai niqob.Apakah hikmah disebalik pemakaian niqob ini??Insya Allah sama-sama kita hayati
Adakah Wajib Ke Atas Seseorang Perempuan Memakai Niqab?
Bagimanakah kedudukan pemakaian purdah sebenarnya di kalangan masyarakat Islam? Lazimnya pemakaian Niqab ini banyak diamalkan di Arab Saudi oleh mereka-mereka yang berfahaman “Wahabiyyah” serta pengikut-pengikut mazhab Hambali.
Di dalam kitab “Al-Bayan Lammaa yash 'ghulu al-Azhaan” oleh Dr Syeikh Ali Jumaah, Mufti Negara Mesir yang memuatkan fatwa-fatwa berkaitan permasalahan semasa, beliau memberi jawapan terhadap permasalahan di atas. Di sini, penulis muatkan kembali perbahasan tersebut sebagai panduan kepada para muslimah khususnya dalam pemakaian niqab daripada sudut hukum sendiri.
Niqab merupakan alat yang digunakan sebagai penutup oleh kaum perempuan. Maka ia disebut sebagai penutup wanita. Secara jelas, ia bermaksud seseorang perempuan yang menutup wajahnya dengan niqab. Terdapat perbezaan di antara niqab dengan hijab, yang mana hijab itu menutupi secara am keseluruhan aurat wanita, dan niqab hanyalah menutupi wajah wanita sahaja.
Jumhur Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat ketika bersama dengan lelaki ajnabi (yang bukan mahram dan halal dikahwini) melainkan muka dan kedua telapak tangan, kerana seseorang perempuan itu pastinya akan bermuamalah dengan lelaki, seperti memberi dan menerima sesuatu. Telah diriwayatkan daripada Abi Hanifah qaul (perkataan) mengenai keharusan menampakkan kedua kakinya; kerana sesungguhnya Allah s.w.t. menegah daripada menampakkan perhiasan dan mengecualikan apa yang (biasa) nampak. Dan kedua kaki itu adalah apa yang (biasa) nampak.
Menurut mazhab Ahmad bin Hambal, sesungguhnya setiap bahagian daripada perempuan itu semuanya adalah aurat ketika bersama dengan lelaki ajnabi sekalipun kukunya, dan
diriwayatkan daripada al-Imam Ahmad bin Hambal bahawa beliau telah berkata:
“Sesungguhnya sesiapa yang menjelaskan isterinya (kepada seseorang itu) maka ia tidak harus makan bersamanya, kerana semasa makan akan melihat kepada telapak tangannya,”. Dan telah berkata al-Qadhi daripada al-Hanaabilah: “Diharamkan seorang lelaki ajnabi melihat seorang perempuan ajnabiah kecuali muka dan kedua telapak tangan”.
Telah bersepakat Jumhur berdasarkan dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah, dan diantaranya firman Allah s.w.t. di dalam surah al-nuur ayat 31 yang bermaksud:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang (biasa) nampak daripadanya, iaitu tempatnya.
Celak itu perhiasan wajah, dan cincin itu perhiasan telapak tangan. Al-imam Ibnu Kathir rahimahullah telah memberitahu tentang ayat tersebut dan mengomentarinya dengan mengatakan:
“Telah berkata al-A’masyh ; Daripada Saiid bin Jabiir, daripada Ibnu Abbas r.a. ((Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya)) maka dia telah berkata: iaitu wajahnya, kedua telapak tangannya, dan cincin, dan diriwayatkan daripada Ibnu Umar, ‘Atha’, Ikrimah, Saiid bin jabiir, Abi Syaksyak, al-Dhuhhak, Ibrahim al-Nakhaie dan yang lainnya seperti itu.”
Dan daripada al-Sunnah pula, apa yang diriwayatkan oleh Aisyah r.anh. :
“Sesungguhnya Asma’ binti Abi Bakar telah masuk (pergi) kepada rasulullah s.a.w. dengan berpakaian yang nipis, maka rasulullah s.a.w. berpaling daripadanya , dan bersabda: Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang perempuan jika telah datang haid (sampai umur), tidak boleh seseorang melihat kepadanya, kecuali ini dan ini, dan baginda mengisyaratkan kepada wajah dan kedua telapak tangannya.”
Terdapat hadith yang merupakan peringatan nabi s.a.w. kepada perempuan berkaitan sedekah untuk menjauhi daripada api neraka, dan mengenainya:
“Berkata seorang perempuan yang menjadi suttah (pilihan) kaum perempuan, iaitu Shufa’a al-Khaddain; Belum wahai rasulullah s.a.w….”. Periwayat Hadith ini adalah Jabiir r.a., dan ia memberikan isyarat (petunjuk) bahawa sesungguhnya perempuan ini mendedahkan wajahnya (ketika berjumpa rasulullah s.a.w.), dan sesungguhnya perawi hadith tersebut melihat seperti itu daripadanya (hadith).
Dan selain itu daripada Lain-lain hadith, yang membawa kepada perbezaan ke atas salinan (sumber rujukan) ini berkaitan niqab, maka tidak ada dalil berkaitan salinan tersebut, sebagaimana mereka melihat daripada ayat 59 di dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Hai (muhammad) katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya
(menurut mu’jam al-Arabi al-Asasi , Jilbab bermaksud pakaian yang dipakai untuk menutup keseluruhan tubuh badan, baju sejuk yang dipakai di atas pakaian dan kain penutup yang digunakan oleh kaum wanita sewaktu berjalan). Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah s.w.t. adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Dan tiada padanya keterangan mengenai penutupan wajah.
Telah berkata al-Murqhinaani daripada ulama’ Hanafiah:
“Tubuh badan yang panas (jasad) semuanya adalah aurat kecuali muka dan kedua telapak tangannya, sebagaimana sabda nabi s.a.w. ; ((Perempuan itu aurat yang tertutup)) dan dikecualikan dua anggota untuk menampakkannya. Beliau berkata; keterangan ini menunjukkan bahawa kaki adalah aurat (kerana ia merupakan dua anggota juga). Dan diriwayatkan juga bahawa ia bukanlah aurat dan itulah pandangan yang lebih ashah (tepat).
Menurut (ulama’) Malikiah pula, telah berkata Syeikh Ibnu Khalaf al-Baaji:
“Semua (anggota) perempuan adalah aurat melainkan mukanya dan kedua telapak tangannya”. Dan beliau telah berkata pada tempat yang lain: “ Katanya: Sekiranya seorang perempuan makan bersama suaminya dan ada orang yang selainnya (turut) makan bersamanya, ataupun bersama saudaranya seperti contoh tersebut, maka melihat seorang lelaki kepada seorang perempuan (dalam keadaan tersebut) adalah harus; kerana ianya berlaku ketika mereka makan bersama-sama".
Dan telah menaqalkan Ibnu Hajar al-Haitami daripada al-Qadhi ‘Iyyad, sesungguhnya seorang perempuan yang tidak melazimi dengan menutupi mukanya secara Ijmaa’an (keseluruhan) sebagaimana ia berkata:
“ Telah menaqalkan al-Musannif (Ibnu Hajar) daripada Qadhi ‘Iyyad secara keseluruhan ke atas seseorang perempuan yang tidak melazimi bagi dirinya menutup wajahnya, maka ia adalah sunat dan ke atas lelaki perlulah menundukkan pandangan ke atas mereka sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ayat al-Quran.”
Situasi pakaian terikat dengan ikatan adat sesuatu kaum, dan mengikut suasana di Mesir , maka lebih sesuai bagi mereka untuk beriltizam dengan pandangan Jumhur; kerana menutup wajah mereka bagi orang perempuan adalah sesuatu yang asing bagi masyarakat di Mesir, dan menyebabkan keburukan perlindungan kepada penduduk/keluarga. Adapun masyarakat lain yang bersesuaian dengan mazhab al-Hanaabilah (Hambali), maka tidak mengapa untuk kaum perempuan beriltizam dengan mazhab ini untuk mengikuti adat mereka dan tiada keterikatan dengan agama perempuan tersebut. Dan sesungguhnya uruf (suasana) dan adat mereka adalah setiap perempuan menutup wajah mereka.
Dan untuk itulah kita mengutamakan pendapat (mazhab) Jumhur, iaitu membuka (tidak menutupi) wajah dan kedua telapak tangan, dan menutup apa yang selain itu daripada jasad perempuan, sebagimana kita melihat jika menutupi wajah menjadi tanda perpecahan di antara umat, atau menjadi syiar kepada perhambaan dan agama, maka sesungguhnya ia terkeluar daripada hukum sunat atau harus kepada al-Bid’iyyah (dijauhi), maka akan menjadi perkara yang Bida’ah, khasnya apabila sesuatu perkara yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu telah sempurna dilakukan oleh pemerintah. Wallahu ta’ala a’la wa a’lam.
Begitulah pandangan yang diberikan oleh Mufti Mesir, Dr Syeikh Ali Juma’ah terhadap persoalan hukum memakai niqab. Ini kerana, pertembungan fahaman yang pelbagai contohnya seperti Wahhabi dan Sunni telah memberi kesan kepada umat Islam sendiri khasnya di Mesir. Namun, bagi suasana dan adat kita di Malaysia, isu pemakaian niqab ini tidaklah timbul dan bagi kaum perempuan bebas untuk memakainya atau tidak. Apa yang paling penting, kefahaman kita terhadap setiap perkara yang kita lakukan agar kita tetap berada di atas landasan yang betul dan tidak tersasar.
Perkara yang paling penting sebagai ingatan kepada teman-teman, jangan sekali-kali kita terus mempercayai sesuatu berita yang timbul di dada akhbar yang belum tentu betul dan tepat faktanya. Kelak, kutukan Allah s.w.t. akan terhempap ke atas diri-diri yang mengkhianati para ulama'. selidikilah dahulu sebelum anda menghentam dan menghendik para ulama' yang mengeluarkan pandangan seperti Dr Syeikh Syed Tantawi Hafizahullah sendiri kerana telah berlaku beberapa kes, ada yang menghentam dan mempersendakan Dr Syeikh Tantawi akibat kontroversi yang berlaku baru-baru ini. Selidikilah daripada mana sumber anda mendapatkannya!.
Al-Azhar sendiri sebagai sebuah institusi yang bersifat terbuka, sentiasa menerima berbagai fikrah dan fahaman yang kadang-kadang mampu memecah-belahkan di antara umat. Namun, ulama’-ulama’ Azhar yang sentiasa prihatin terhadap masalah ummah sentiasa cuba untuk menyatukan di antara setiap umat Islam. Maka, tidak hairanlah dikatakan bahawa bertahannya Al-Azhar sehingga sekarang, menjadi bukti fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah masih mampu dipertahankan. Inilah bukti keprihatinan para ulama' kita dalam menjaga amanah Islam ini.
Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di sepanjang penterjemahan teks asal di dalam kitab ini, dan penulis cuba memudahkan pemahaman teman-teman sekelian dengan menambah beberapa perkataan di dalam kurungan.
Akhirnya, marilah kita berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa memberi Taufiq dan Hidayah serta menyatukan hati kita semua. Amiin. Wallahu’alam…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam..
Alhamdulillah, anem lebih faham situasi ini,
jika tak tertanya dan mencari2 lagi.
p/s: masih teringin tapi segan pakai niqab, ken alebih mujahadah:)
Post a Comment