AKU SAYANG UMMI
UMMIKU SAYANG UMMI
SAYANG SAYANG UMMI
SAYANG SAYANG UMMI
UMMIKU SAYANG
Terngiang-ngiang lagu UMMIKU SAYANG yang dah lama tak ana dengar..Seingat ana lagu ni popular waktu ana di PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM @PASTI lagi.Hari-hari kami sekelas akan menyanyikan lagu ini bersama-sama.
Tepat Pukul 4pagi (waktu Malaysia) tadi,Deringan lagu Gemuruh bergema dari hp Nokia 6680.Ana ingatkan siapa tadi.Rupanya adik bongsuku Siti Hajar yang telefon.
"samekom long,kitorang nak bertolak dah ke labuan ni"
Baru ana teringat yang hari ni family ana akan ke Labuan untuk mengiringi (ceh) ayah ana menjalankan tugas rasminya sebagai PJ WILAYAH,dan labuan pun terletak di dlm teritori Wilayah Persekutuan.
"long,along tulis pasal ayah ye dalam blog along?nazifah yang bagitau,
ummi nangis dah ni,ummi kata along tak tulis pasal ummi,tp tulis pasal ayah je.."
Rasa cam nak tergelak pun ada,tapi tiba-tiba ana terfikir kenapa sampai menangis pulak..aduh...sempat bcakap ngan ummi sekejap sebelum diorang bertolak ke KLIA td..Jeles rupanya ummi..cubit kang baru tahu..haha..
Ada jugak ana terdengar cerita,dalam sesebuah keluarga tu,kalau anak lelaki nak berkahwin,ibulah orang yang paling sedih.sebabnya anaknya itu seolah-olah dirampas oleh kasih sayang yang akan diberi kepada bakal isterinya itu..mungkin kerana ibu ni seorang wanita..perasaan cemburu kerana anaknya itu akan bersama dengan wanita lain selainnya..
Kehadapan ummiku sayang yang bucuk bango ni..along bukan sengaja tak tulis psl ummi sbb skrg ni kan org asyik bercakap pasal ibu..bila lagi nak bercakap pasal ayah pulak..huhu.
Jadi kepada sahabat-sahabat semua amik hp,mesejla kepada ibu-ibu kalian sekarang.haha..Cepat!!!!
Jadi terimalah lagu Permataku untuk para insan yang bergelar ibu sekalian
Sunyi..selubungi malam
mengusik minda nan terlontar jauh
masih hangat terasa tangan yang membelai dan mengusik manja
masih hangat terasa tangan yang membelai dan mengusik manja
daku damba kasihmu biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan kugapai impian
Angin..kau nyanyikan lagu
untuk permataku tenang selalu
bayu..sampaikan berita
daku kini ceria aman dan bahagia
selimutkan rinduku bersama malammu
Hadirlah dalam mimpiku
agar kau selalu ada di sisiku
rindu belaian kasihmu
rindu senyumanmmu penawar dukaku
dengarkan laguku hadiah untukmu
jasa dan baktimu ku kenang selamanya
0 comments:
Post a Comment