Jam di tangan tepat pukul 10 malam(waktu jordan),lagu Redha dari album terbaru inteam membuatkan bilik yang sunyi jadi tak sunyi.hehehe..ntah apa yang ana melalut ni.malam ni terasa sedikit bosan,mungkin kerana Bahas Usul Fiqh dah nak siap,tinggal nak print muka depan je lagi.Fuh..rasa lega sikit.
Tadi baru baca posting terbaru dari sahabat ana,Ust Afiq.Gaya penulisan yang unik serta isi yang menarik membuatkan ana terfikir bilalah agaknya ana ni akan jadi hebat macam dia..hehe..jangan bangga pulak afiq,nama nta masuk posting ana kali ni.Untuk rujukan,sahabat-sahabat bolehla ke blog beliau di alamat http://afiqsaleh.blogspot.com promote sket
Dalam duduk diam-diam ni,ana teringat satu kejadian yang boleh sama-sama kita khususnya warga mahasiswa Universiti Al-albayt dan umumnya yang medalami ilmu agama ambil berat dan memikirkan jalan penyelesaian.
Ketika ana dan rakan-rakan baru selesai kuliah Fiqh Ibadat dan dalam perjalan untuk menaiki bas,terdengar derapan tapak kaki yang laju semacam orang berlari ke arah kami.
"Tepi-tepi!!Jangan dekat-dekat!! kami tak suka berikhtilat"
Terkejut ana dan rakan-rakan bila menoleh tatkala melihat tiga orang akhawat yang berkata begitu kepada kami dan terus memotong kami.Terdetik dalam hati ana kenapalah diorang ni jadi macam tu.Sudahlah terjerit-jerit,adab sebagai seorang muslimah pun takde.
Sudah umum kita ketahui,muamalat antara lelaki dan perempuan mesti dijaga dan dibatasi.Budaya bercouple/berpakwe makwe adalah dilarang sama sekali di dalam islam.Kenapa kita selaku mahasiswa/wi pengajian islam masih tidak faham-faham lagi??
Berbalik kepada kisah tadi,tindakan akhawat2 tadi mungkin untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap program Aku Tanpa Ikhtilat anjuran persatuan pelajar di sini.Program tersebut diadakan bagi memberi kesedaran kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di sini bahawa Ikhtilat antara bukan muhrim adalah tidak dibenarkan
Pelik kerana sebagai mahasiswa yang mempelajari bidang agama dan mempunyai title ustaz @ ustazah perlu lagi didedahkan tentang perkara-perkara sebegini.Bukan untuk mengaibkan ustaz/ustazah,tapi inilah realitinya.
"Alah,ngko dulu pun bercouple jugak!! nak nasihat orang pulak! blahla!"
Kata-kata sebegini selalu dihamburkan kepada mereka yang sudah berubah.salahkan berubah???kadangkala sikap prejudis sesetengah pihak membuatkan kita tak mahu berubah,padahal jauh di sudut hati,inginkan perubahan.
Justeru,sahabat-sahabat sekalian,marilah sama-sama kita betulkan keadaan ini,janganlah ilmu agama yang kita pelajari ini menjadi fitnah kepada kita di kemudian hari.Malulah kita dengan mereka yang mempelajari ilmu duniawi tetapi mengamalkan akhlaq dan peribadi yang lebih baik dari kita yang kononnya mendalami ilmu ukhrawi.
Ana rasa cukup sahaja penulisa ana untuk kali ini.Maaf andai menyentuh hati mana-mana pihak,sekadar luahan hati dan nasihat untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat.
"Ya Allah yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati-hati kami pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu"
2 comments:
kehadapan ust abu,
reality terhadap sikap diri yg membenci ISLAM semakin bertebaran, tak perlu menoleh diluar atau jauh-jauh, barangkali di sebelah bahu kita sudah nampak 'kebencian' itu.
sedih juga malang, apabila yg membenci terhadap agama itu, orang yg sama-sama kita bersembahyang 5 waktu, puasa dan sebagainya. Mungkin mereka belum hilang dari sedar bahawa agama itu yg membesarkan mereka drpd kejahilan. memberi makan mereka drpd kelaparan kesesatan.
begitulah lazim dan mehnah orang berilmu tetapi jahil, menganggap separyh agama sahaja sebagai jalan hidup, separuh lagi lantas diabaikan kerana apa?? kerana sebahagaian lagi mereka rasa kurang selesa dengan diri. ambil beragama dengan apa yang mereka rasakan selesa, kerana itu lah kesesatan kian menghitam dalam diri mereka. sehingga sanggup melampirkan kata-kata yg tidak sepatutnya dikeluarkan.
walau sikit kebencian kita terhadap ISLAM tetap nisbahnya salah di sisi agama. kamu memerli ajakkan yg baik oleh ISLAM, seolah kamu memerli apa yang Nabi saw bawakan.
saya amat bersetuju dengan artikel ust abu kali ini, amat bernas dan matang pengisiannya, tak pernah ana terfikir untuk posting kan tajuk ini. syabas!
sekian untuk komen kali ini, terima kasih, wslm.
p/s: aduuuu.. promote pulakkkk!!!
Salam, tahniah kerana meneruskan nilai Islam yang luhur, teruskan usaha anda!!
Post a Comment