Ahlan Wasahlan Kepada Mahasiswa/wi Baru yang akan Tiba Di Universiti Al-Albayt Jordan

|



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat serta salam dipanjatkan buat kasih junjungan besar Muhammad saw. Juga para sahabat dan tabien. Moga-moga berada di dalam keberkatan dan kesinambungan kebaikan yang berkekalan.

Memulakan kehidupan baru di luar Tanah Air Malaysia adalah mengundang pengalaman baru serta persiapan yang rapi agar keselesaan dan kemampuan meneruskan kehidupan dapat di selaraskan. Apatah lagi hidup di luar Negara untuk mengejar cita-cita belajar dan berjaya dalam karier.

Sama seperti Negara-negara Arab yang lain, Jordan juga sebuah Negara Islam yang menjadi tujuan dan destinasi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka ke sini. Antara destinasi lain selain Jordan yang juga menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia adalah Mesir, Morocco, Yaman, Syria dan Arab Saudi.

Walaupun Jordan tidak tergolong di dalam negara-negara Arab yang maju, tetapi ia di antara Negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi, kerana itulah, mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di sini perlu menyiapkan diri dengan pengurusan diri serta kewangan yang secukupnya supaya kehidupan dan pembelajaran mereka di sini tidak akan terganggu.

Sehubungan itu, PRISMA mengambil langkah inisiatif bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka di sini dengan merangka sedikit-sebanyak panduan serta kos sara hidup yang perlu dilengkapi oleh seiap mahasiswa. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.




SENARAI KEPERLUAN



A. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PERSATUAN

i. Gambar berukuran Pasport – 20 keping

ii. Salinan (photostate) Pasport – 10 helai

iii. Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli – 3 helai

iv. Terjemahan Sijil Lahir yang asli – 3 helai

v. Salinan i/c @ sijil lahir sendiri, ibu bapa,adk beradik (bagi urusan zakat bagi yang datang secara private)




B. KEPERLUAN ASAS DIRI (PERIBADI)


- lelaki


i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)

ii. Baju Batik (Untuk tujuan majlis-majlis rasmi)

iii. Baju Melayu sepasang (untuk tujuan Majlis-majlis rasmi)

iv. Koat Hitam atau gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi – boleh juga dibeli di Jordan)

v. Baju Kemeja / T-shirt sopan (pakaian ke Kuliah)

vi. Kasut Kulit (untuk tujuan majlis-majlsi rasmi)

vii. Jubah atau pakaian solat lain (sekurang-kurangnya 2 helai)



- Perempuan


i. Baju sejuk (sekurang-kurangnya dua (2) helai)

ii. Baju kurung / Jubah (pakaian ke kuliah)

iii. Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc)

iv. Tudung (sekurang-kurangnya tiga (3) helai)

v. Stokin kaki dan tangan

vi. Telekung (2 helai), dan sejadah

vii. Blazer hitam/gelap (untuk tujuan majlis-majlis rasmi-boleh juga dibeli di Jordan)

viii. Kasut hitam (untuk tujuan majlis-majlis rasmi)



C. KEPERLUAN MAKANAN


i. Perencah makanan segera utama seperti serbuk kari, serbuk kurma, serbuk sup,serbuksantan, serbuk kunyit dan lain-lain rempah yang biasa digunakan untuk memasak.

ii. Perencah masakan segera seperti nasi goreng, tom yam dan lain-lain.

iii. Makanan segera dan kering untuk persediaan hari raya.



D. UBATAN


i. Ubatan peribadi seperti lelah dan lain-lain pil (kepada yang mempunyai sakit-sakit yang serius,disarankan menyediakan ubatan peribadi dalam kuantiti yang secukupnya)

i Pil-pil seperti Panadol, Ubat batuk, Minyak Angin dan lain-lain boleh diperolehi di sini.



E. PERSEDIAAN BELAJAR


i. Alatan Tulis

ii. Kamus Rujukan ( Bahasa Melayu – Bahasa Arab,Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu )

iii. Buku-buku rujukan terjemahan seperti Fiqh Manhaji,hadis40 dan Tafsir Al-Quran (versi melayu)

iv. Buku-buku rujukan sekolah menengah /IPTA yang berkaitan seperti kitab-kitab pengajian syariah dan nota-nota nahu.

v. Naskhah Al-Quran boleh didapati di sini dengan mudah dan harga yang murah





(Lampiran C)

SENARAI KEPERLUAN BAYARAN



A. BAYARAN URUSAN PERSATUAN

Bil:

Perkara:

Anggaran

Jumlah:

1.

Urusan Iqomah (pengesahan pelajar termasuk medical check-up)

JD 23

JD 30.00

2.

Yuran Persatuan

JD 3

3.

Imtihan Kafaah (peperiksaan percubaan)

JD 1

4.

Yuran Badan Kebajikan

JD 3


· JD1 bersamaan = RM5



B.BAYARAN PENDAHULUAN UNIVERSITI

Bil:

Perkara:

Anggaran

Jumlah:

1.

Urusan Mua’dalah + (pengurusan)

JD 15 + JD 1

JD 455.00

2.

Markaz Bahasa (yuran bagi 1 fasal)

JD 300

3.

Pendaftaran Universiti (tahun pertama)

JD 79

4.

Imadah (tahun pertama)

JD 30

5.

Subjek ( Yuran 1 subjek bagi yang berjaya masuk ke university)

JD 30


· JD 1 bersamaan = RM5



C. BAYARAN TAMBAHAN

Bil:

Perkara:

Anggaran

Jumlah:

1.

Pengangkutan ambil di lapangan terbang

Tertakluk kepada kenderaan

Jumlah akan diberitahu selepas pendaftaran persatuan

2.

Makanan (disediakan untuk semua pelajar baru selama seminggu)

JD 14

(Lampiran D)


KOS SARA HIDUP



A. KOS PENGAJIAN DI UNIVERSITI

Bil:

Perkara:

Anggaran

Jumlah:

1.

Yuran Subjek ( 1 subjek = 3 jam kredit)

· Setiap fakulti / takhassus (usul fiqh / usuluddin / bahasa) mempunyai lebih kurang 46 subjek)

JD 30 (satu subjek)

JD 90.00

2.

Yuran Universiti (bayaran untuk satu semester wajib – 4 bulan)

JD 30

3.

Yuran Universiti (bayaran untuk semester pendek short sem – 2 bulan lebih)

JD 30


· JD 1 bersamaan = RM5



B. KOS KEHIDUPAN

Bil:

Perkara:

Anggaran

Jumlah:

1.

Sewa rumah hidup di Luar universiti (kos bagi sebulan – termasuk bayaran elektrik dan air)

JD 40 (seorang)

JD 110.00

(kos hidup diluar)

L:JD 90.00

P: JD 40.00

(kos hidup di asrama)

2.

Makan dan minum (kos sebulan memasak)

JD 2 x 30 hari = JD 60

JD 11 = sebulan (perempuan, asrama)

3.

Jika menetap di asrama university (termasuk bayaran air, elektrik, dan gas)

JD 30 (seorang) sebulan

JD 105 (seorang) satu semester (perempuan)

4.

Kos internet (jika menggunakan internet bagi pelajar yang hidup di luar universiti)

Bergantung kepada bilangan perkongsian.

5.

Tambang bas ke Universiti (bagi yang duduk di luar university)

JD 0.400 x 25 hari

= JD 10


C. KOS SARA HIDUP TAMBAHAN

Bil:

Perkara:

Anggaran

Jumlah:

1.

Katil, tilam dan bantal

JD 50

JD 160.00

2.

Meja belajar / study

JD 10

3.

Almari pakaian (kayu)

JD 35

4.

Sobah gas (pemanas bilik gas)

JD 50

5.

Rak buku dan kitab-kitab (besi)

JD 15

·




Kos sara hidup bergantung kepada penempatan dan keperluan yang dipilih oleh pelajar sendiri. Jadual di atas hanyalah panduan secara umum dan kasar. Jadual juga menggambarkan bajet untuk satu bulan sahaja.

· Jadual di atas adalah perbelanjaan tambahan bagi pelajar yang duduk di luar universiti. Keperluan rumah seperti kuali, gas, alatan memasak, pinggan, cawan, sudu-sudu, ampaian baju dan lain-lain tidak termasuk di dalam bajet di atas dan perlu dicari sendiri oleh pelajar.

· Pelajar-pelajar yang baru tiba di Jordan adalah diwajibkan untuk tinggal di asrama universiti bagi tahun pertama untuk memudahkan segala pengurusan dan menjimatkan kos perbelanjaan. Pada tahun berikutnya pelajar diberi pilihan samada untuk terus menetap di asrama atau di luar.




Disediakan Oleh:
Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Albayt (PRISMA )

4 comments:

Zul Kahar said...

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
(AL QURAN – Ibrahim: 4)

'Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.' (AL QURAN - Ta Ha: 134)

‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu di;

http://messengerofgodtoday.blogspot.com

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

Abu Bakar Bin Mohamad Noor said...

haha...kenapa kahar antar komen kat sini???nk dftr ke jamiah al bayt ke???

Syahida Majid said...

Disarankan utk akhawat bawak tudung SEBANYAK MUNGKIN. Sebab kat jordan xda kain tudung labuh, tudung 4 segi. Selendang yang panjang tu ada la.

Satu lagi, gambar bawak paling kurang 40. Sebab bukan untuk urusan universiti dan persatuan sahaja, mungkin perlu untuk permohonan zakat, anak negeri, kes2 lain.

Selamat datang ke Mafraq

排骨酥May said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Post a Comment