RAMADHAN
Marhaban....Ya Ramadhan
Marhaban....Ya bulan yang selalu banyak dinanti
Ku rindu denganmu...rindu akan kesediaanmu untuk selalu bersamaku dalam lapar
dan dahaga
Aku rindu padamu ya Ramadhan...kau selalu mahu bersamaku berlelah dalam
melakukan solat Malam
Marhaban....Ya Ramadhan
Marhaban....Ya bulan Mahgfirah dan barakah
Kau selalu akan berada di hatiku dalam aku mencari balasan ibadahku
Kau akan selalu bisa menemaniku dalam aku mencari pahala dalam bulanmu
Marhaban....Ya Ramadhan
Marhaban....Ya bulan yang penuh dengan rahmat
Aku ingin kau selalu mahu membantuku dalam aku mengurung nafsu
Aku ingin kau juga mahu ikut aku dalam aku beribadah
Marhaban.....Ya Ramadhan
Marhaban…
Terasa sayu bila terkenangkan betapa baiknya ALLAH kepada hambanya ini kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara miliknya agar dapat bertemu dengan Bulan yang paling Mulia..Ramadhan Al-Mubarak yang dirindui…
Ya ALLAH.Ramadhan ini.aku mengharapkan RAHMATmu..aku mengharapkan KEAMPUNANmu..aku mengharapkan PELEPASAN DARI API NERAKAmu..sepertimana yang disabdakan oleh kekasihmu Muhammad SAW.
Terimalah taubatku..AMIN..
0 comments:
Post a Comment